Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp umum tamatkan khidmatnya bersama Liverpool hujung musim ini

- LIVERPOOL:PengurusLi­verpool,

Jurgen Klopp membuat pengumuman mengejut pada Jumaat di mana dia akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini kerana dia ‘kehabisan tenaga’.

Klopp,yang mengembali­kan Liverpool menjadi salah sebuah kuasa bola sepak Eropah sejak mengambil alih tugas di Anfield pada 2015, berkata keputusan untuk pergi adalah sesuatu “yang harus saya buat”.

Jurulatih dari Jerman itu membimbing Liverpool memenangi kejuaraan liga buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun pada 2020, yang juga kejuaraan format Liga Perdana Inggeris yang pertama mereka, selain memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pada 2019.

Liverpool ketika ini berkelebih­an lima mata di singgahsan­a liga dan pengurus berusia 56 tahun itu berharap untuk pergi dengan memenangi kejuaraan liga sekali lagi.

Dia dikatakan akan mengambil rehat sekurangku­rangnya setahun menjelang bulan Mei dan berjanji kepada penyokong Liverpool di mana dia tidak akan membimbing mana-mana kelab dari England selepas ini.

“Saya boleh memahami bahawa ia satu kejutan kepada ramai orang ketika ini, apabila anda mendengarn­ya buat kali pertama,” kata Klopp dalam satu temu bual di laman sesawang rasmi Liverpool.

“Saya sememangny­a menyukai segala-galanya tentang kelab ini, saya menyukai semuanya tentang bandar raya ini, saya menyukai semuanya tentang penyokong kami. Saya menyukai pasukan, kakitangan pasukan, segalagala­nya. Tetapi hakikat di mana saya masih menerima keputusan ini menunjukka­n bahawa saya yakin ia adalah keputusan yang harus saya buat.

“Ia adalah kerana, bagaimana boleh saya katakan di sini, kehabisan tenaga. Saya tidak mempunyai masalah sekarang, saya tahu ia sudah agak lama di mana saya akan membuat keputusan seperti ini di masa hadapan tetapi saya sememangny­a OK sekarang.

“Saya tahu bahawa saya tidak dapat melakukan tugas ini lagi dan lagi.”

Klopp berkata dia membuat keputusan pada bulan November dengan perbincang­an bersama kelab tentang kemungkina­n calon pengganti untuk musim hadapan sudah bermula.

Selepas bertahun-tahun bersaing dengan Manchester City untuk kejuaraan liga dan melangkah jauh dalam Liga Juara-Juara, Liverpool bergelut menyamai mutu yang tinggi mereka di bawah Klopp pada musim 2022/2023.

Mereka menamatkan musim di tangga kelima liga dan tersingkir dari Liga Juara-Juara di pusingan kedua selepas dibelasah 2-5 oleh Real Madrid di Anfield.

Tetapi Klopp berkata ia adalah penting untuk dia tidak pergi dengan keputusan hambar ketika skuad kembali bangkit dari ketika ini bersaing untuk empat kejuaraan. — AFP

 ?? ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia