Utusan Borneo (Sarawak)

Ake selamatkan kempen City

Gol kontrovers­i pemain itu memastikan Man City menang 1-0 ke atas Tottenham dalam aksi Piala FA Inggeris

-

LONDON: Manchester City melangkah ke pusingan keempat Piala FA Inggeris apabila gol kontrovers­i lewat Nathan Ake memastikan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada Jumaat.

Ketika dunia bola sepak menerima berita mengejutka­n di mana Jurgen Klopp akan meletak jawatan sebagai pengurus Liverpool pada akhir musim ini, kelab yang paling mendapat kelebihan dari berita ini akhirnya menamatkan penantian kemenangan pertama mereka di Stadium Tottenham Hotspur.

City sudah tewas kesemua lima kunjungan ke Stadium Tottenham Hotspur dan tanpa menjaringk­an sebarang gol sejak stadium baharu itu dibuka pad April 2019.

Tetapi Ake, pemain pertahanan antarabang­sa Belanda, memastikan City akan meninggalk­an kota London dengan penuh bersemanga­t apabila merembat bola ke pintu gol ketika berbaki dua minit perlawanan pusingan keempat kejohanan itu.

Anak buah Pep Guardiola sudah memenangi tujuh perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an untuk mengekalka­n kebangkita­n mereka selepas hilang rentak sebelum Krismas.

Mereka ketika ini kurang lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool tetapi kurang satu perlawanan dan berharap untuk mengambil peluang

dari berita pengumuman mengejut Klopp yang akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini.

Klopp dan Guardiola membentuk persaingan sengit sepanjang berada di England, dengan Guardiola lebih menyerlah dengan memenangi banyak kejuaraan.

City memenangi kesemua tiga kejuaraan utama musim lepas dan masih kekal di

landasan untuk mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Dengan penyerang utama, Erling Haaland masih direhatkan kerana kecederaan, City pada awalnya mengawal permainan.

Oscar Bobb mengumpan bola kepada Phil Foden pada lewat separuh masa pertama tetapi rembatan penyudahny­a

tersasar.

Julian Alvarez kelihatan mampu menjaringk­an gol apabila menerima satu lagi umpanan daripada Bobb dalam kotak penalti tetapi Micky van de Ven berjaya menghadang bola untuk menyebabka­n rembatan akhir tersasar.

Brenna Johnson hampir menghukum ketumpulan jentera serangan City apabila mengejar umpanan Timo

Werner tetapi rembatanny­a berjaya diselamatk­an penjaga gol Stefan Ortega.

Guardiola memasukkan Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku dalam 25 minit terakhir ketika dua pemain antarabang­sa Belgium itu meningkatk­an tahap kecergasan selepas pulih dari kecederaan.

De Bruyne membuat penampilan ketiga dari bangku simpanan selepas pulih dari kecederaan yang dialami pada perlawanan pertama musim ini.

Asakan demi asakan City akhirnya membuahkan hasil apabila Vicario, yang diasak oleh Ruben Dias, gagal melakukan tolakan kemas dari satu tendangan sudut De Bruyne, membolehka­n Ake merembat bola dari jarak dekat dengan gol itu hanya disahkan menerusi semakan video bantuan pengadil (VAR).

Pada perlawanan pusingan keempat yang lain, Chelsea seri tanpa jaringan dengan Aston Villa ketika kedua-dua pasukan mensia-siakan peluang di Stamford Bridge.

Chelsea menjaringk­an gol dalam enam perlawanan terakhir, dan membelasah Middlesbro­ugh untuk melangkah ke final Piala Liga Inggeris menentang Liverpool bulan hadapan.

Tetapi anak buah Mauricio Pochettino mendapati Villa merupakan lawan lebih sukar selepas 23 cubaan di antara kedua-dua pasukan gagal menghasilk­an gol kemenangan.

Nottingham Forest juga seri tanpa jaringan menentang kelab Liga Kejuaraan, Bristol City di Ashton Gate.

Bristol mendapat gelaran pembunuh gergasi selepas mengejutka­n West Ham United pada perlawanan ulangan pusingan ketiga dan sekali lagi mereka menyukarka­n lawan terbaharu dari Liga Perdana Inggeris. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Manchester City di Stadium Tottenham Hotspur di London.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Manchester City di Stadium Tottenham Hotspur di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia