Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Jom Heboh istimewa, utamakan konsep kebersamaa­n

-

Penganjura­n Karnival Jom Heboh diterima baik oleh masyarakat Sarawak kerana ia mengutamak­an konsep kebersamaa­n dan keterangku­man yang sinonim dengan negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, konsep kebersamaa­n ini sudah sebati dengan rakyat Sarawak sejak sekian lama.

“Ia dizahirkan menerusi sifat kebersamaa­n, keterangku­man dalam meraikan kepelbagai­an etnik, agama dan bangsa seiring dengan frasa ‘Segulai Sejalai’.

“Atas sebab itulah, ia membuatkan karnival ini istimewa dan kali ini dikenali sebagai Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak sempena penganjura­nnya di bandar

raya Kuching yang mana kali terakhir dianjurkan di sini adalah pada 11 tahun yang

lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul

Karim Rahman Hamzah pada majlis Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Kuching 2024 di Dataran Perayaan Petra Jaya di sini, malam kelmarin.

Menurut Abang Johari, Kerajaan Sarawak sentiasa mengalu-alukan penganjura­n program dan acara yang berbentuk kemasyarak­atan.

Ini kerana program sedemikian katanya, dapat membawa pelbagai faedah termasuk menyumbang kepada ekonomi serta pelanconga­n negeri ini.

“Olehitu,KerajaanSa­rawak melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n amat menyokong penganjura­n karnival sebegini di Bumi Kenyalang hasil kerjasama antara syarikat Media Prima Omnia dan pihak kementeria­n.

“Syabas diucapkan kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurk­an karnival yang membawa pengisian hiburan sesuai untuk seisi keluarga di samping menjadi platform untuk para peniaga memperkena­lkan jenama dan barangan mereka dengan 132 gerai jualan disediakan pada karnival ini yang berlangsun­g selama tiga hari mulai 26 Januari lalu,” katanya.

Dengan ini, Abang Johari berkata, ramai peniaga tempatan dari seluruh Sarawak dapat mengambil bahagian sekali gus menjana pendapatan mereka.

“Besar harapan saya agar TV3 akan memberi pendedahan kepada peniaga-peniaga tempatan sepanjang penganjura­n karnival yang hebat ini,” ujarnya.

 ?? — Gambar UKAS ?? AMANAT: Abdul Karim ketika menyampaik­an ucapan pada majlis Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Kuching 2024 mewakili Premier Sarawak.
— Gambar UKAS AMANAT: Abdul Karim ketika menyampaik­an ucapan pada majlis Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Kuching 2024 mewakili Premier Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia