Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan bentuk disiplin dan sahsiah belia

-

Sukan dilihat menjadi antara platform terbaik bagi kesihatan fizikal dan mental, sekali gus membudayak­an sukan sebagai gaya hidup masa kini, kata Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Murum Patrick Uban.

Menurutnya, selain bagi merapatkan lagi hubungan sesama peserta ia juga membolehka­n setiap individu meluaskan lagi jaringan sosial dan saling bertukar pandangan dalam segala perkara yang menjadikan minda lebih sihat.

“Melalui kegiatan sukan, setiap pasukan akan dapat bermain dengan baik, sekali gus memupuk semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi dalam setiap peserta terlibat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pusingan ADUN N66 Murum anjuran Kelab Bola Sepak Urun dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Long Urun di padang sekolah terbabit kelmarin. Beliau berkata, kejohanan sedemikian menjadi cara terbaik bagi menghimpun­kan belia di Murum dalam acara sukan.

“Pada masa sama, kejohanan bola sepak ini akan membantu mencungkil serta menggilap bakat baharu dalam sukan bola sepak khususnya daripada kalangan belia di kawasan Murum,” tambahnya.

Kejohanan selama tiga hari itu yang bermula Jumaat dan berakhir semalam mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan seramai 28 pasukan dari sekitar Long Urun, Sungai Asap, Belaga, Metalun dan Murum.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PIBG Joseph Usang, Pengerusi Kelab Bola Sepak Long Urun Jeffery Bato serta pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN N.66 Murum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia