Utusan Borneo (Sarawak)

Mini Karnival Usahawan Desa di Kota Samarahan

Lebih 100 usahawan di bawah KKDW terlibat selain turut dijemput usahawan sekitar Kota Samarahan

- Oleh Agnes Tugong Datuk Rubiah Wang Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

Tahun ini, Sarawak dipilih untuk Mini Karnival KUD ini dengan sasaran 30,000 pengunjung dan jumlah jualan terkumpul berjumlah RM300,000.

KUCHING: Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan mengadakan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Halaman Samarahan, dari 1 hingga 4 Februari depan.

TimbalanMe­nteriKemaj­uan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, lebih 100 usahawan di bawah kementeria­n terlibat dalam karnival itu selain turut dijemput usahawan sekitar Kota Samarahan.

“Tahun ini, Sarawak dipilih untuk Mini Karnival KUD ini dengan sasaran 30,000 pengunjung dan jumlah jualan terkumpul berjumlah RM300,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa program Sembang Santai Media KKDW di Cafe-Cafe Origin Car Wash, Jalan Rubber di sini semalam.

Ujar Rubiah lagi, majlis perasmian akan diadakan pada Sabtu oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Fokus karnival mini ini katanya, bukan sahaja dari sudut jualan tetapi juga perkongsia­n ilmu kepada usahawan dari sudut perniagaan dalam talian serta pemadanan perniagaan.

Kata Rubiah lagi, di bawah KKDW terdapat seramai 67,000 usahawan dan daripada jumlah itu 80 peratus adalah usahawan mikro dengan jualan di bawah RM60,000.

“Jadi, satu kaedah untuk membantu meningkatk­an usahawan ini adalah melalui KUD ini,” kata Rubiah.

Dalam pada pelbagai aktiviti sampingan lain akan turut diadakan pada KUD itu nanti bagi memeriahka­n karnival tersebut.

Antaranya Maraton PocoPoco yang akan disertai 3,000 peserta pada pagi Sabtu yang turut akan memecah rekod

peserta poco-poco teramai.

Aktiviti lain termasuk Fun Run, Nopeng, Pakaian Beragam, Malam Kesenian,

Pertanding­an Kicauan Burung, Pertanding­an Kucing dan pentas hiburan pada sebelah malam.

Turut akan diadakan Rural Business Challenge (RBC) yang menawarkan hadiah sehingga RM15,000.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? KENANGAN: Rubiah (duduk tiga kiri) merakam gambar bersama rakan strategik pada Sembang Santai Media KKDW di Kuching.
— Gambar Roystein Emmor KENANGAN: Rubiah (duduk tiga kiri) merakam gambar bersama rakan strategik pada Sembang Santai Media KKDW di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia