Utusan Borneo (Sarawak)

KKDW sedia geran RM5,000 bagi setiap JKKK berdaftar

-

Kerajaan persekutua­n menerusi Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediaka­n geran RM5,000 bagi setiap JKKK berdaftar di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang berkata, geran ini bertujuan memperkasa­kan lagi tadbir urus JKKK di negara ini agar lebih efektif.

“Di Sarawak ada 5,976 JKKK yang berdaftar dan lebih 15,000 JKKK di Malaysia yang layak untuk geran tersebut.

“Gerah akan diagihkan dalam masa terdekat selepas kita mengenal pasti dan mengesahka­n pelantikam JKKK yang berkenaan adalah masih sah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Sembang Santai Media KKDW di Cafe-Cafe Original Car Wash, Jalan Rubber di sini semalam.

Sehubungan itu Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan meminta semua JKKK untuk mengaktifk­an jawatankua­sa masing-masing untuk layak menerima geran tersebut.

Bagi JKKK yang baru dilantik tahun ini katanya, mereka hanya akan layak untuk menerima geran itu pada tahun depan.

Mengenai skim gaji guru dan pegawai Tabika KEMAS, Rubiah berkata ia masih dalam proses libat urus kementeria­n.

Manakala bagi elaun pembantu KEMAS, kadarnya sudah dinaikkan tahun lepas daripada RM500 kepada

RM800 sebulan.

Dalam pada itu Program Sembang Santai Media KKDW merupakan program tahunan kementeria­n untuk mengeratka­n hubungan kerjasama dengan rakan strategik.

Rubiah berharap melalui program ini kerjasama antara KKDW dengan rakan strategik media akan berterusan terutama dalam membantu menyebarka­n maklumat mengenai inisiatif KKDW kepada rakyat.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? REAKSI: Rubiah bercakap kepada pemberita semasa Sembang Santai Media KKDW di Kuching.
— Gambar Roystein Emmor REAKSI: Rubiah bercakap kepada pemberita semasa Sembang Santai Media KKDW di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia