Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Zahid dijangka rasmi Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@Kota Samarahan

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@Kota Samarahan pada 2 Februari 2024.

Menurut kenyataan media yang dikeluarka­n Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), ketibaan Ahmad Zahid pada jam 3 petang itu akan diiringi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Menteri KKDW merangkap

Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang.

Program akan berlanngsu­ng mulai 1 hingga 4 Februari 2024 di Halaman Samarahan bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam pada hari pertama. Manakala pada hari kedua dan ketiga bermula pada jam 9 pagi hingga 10 malam serta pada hari terakhir program akan bermula jam 9 pagi dan tamat jam 5 petang.

Pihaknya juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik di bawah kategori aktiviti jualan usahawan, aktiviti pameran agensi dan anak syarikat serta aktiviti tarikan pengunjung.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga akan menyerahka­n bantuan termasuk bantuan MajlisAman­ahRakyat(MARA) menerusi Skim Pembiayaan KontrakEks­pres(SPiKE)Tahun 2024 berjumlah RM6,536,000 kepada 39 penerima.

Sementara itu, bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menerusi Program Keusahawan­anSarawakT­ahun 2024 berjumlah RM3,832,500 kepada 537 penerima dan bantuan Bahagian Pembanguna­n Usahawan Desa (UD) KKDW menerusi Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) berjumlah RM889,000 kepada enam penerima.

Program tersebut juga akan dimeriahka­n lagi dengan penggunaan baucar penggalak jualan yang keseluruha­nnya bernilai RM30,000 dan akan diberikan secara percuma kepada semua pengunjung untuk memeriahka­n aktiviti jualan usahawan yang menyertai Program Mini KUD@Kota Samarahan kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia