Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan penjenayah di Sibu tidak akan dibiar

Kes tembakan awal bulan ini telah jejas ramai orang yang berasakan keselamata­n mereka tidak terjamin.

- Oleh Watt Zacchaeus Datuk Seri Tiong King Sing Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

Saya ingin memberi amaran kepada kumpulan penjenayah, terutama mereka yang menggunaka­n cara yang tidak baik untuk mencapai matlamat mereka.

SIBU: Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memberi amaran kepada kumpulan penjenayah di Sibu bahawa tindakan mereka tidak akan dibiarkan.

Tiong berkata, kejadian kes tembakan yang berlaku di Sibu awal bulan ini di sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo nampaknya telah menjejaska­n ramai orang yang turut merasakan keselamata­n diri mereka tidak terjamin.

“Saya ingin memberi amaran kepada kumpulan penjenayah, terutama mereka yang menggunaka­n cara yang tidak baik untuk mencapai matlamat mereka.

“Kepada yang berpengaru­h, tolong jangan cuba meletakkan undang-undang di tangan anda sendiri.

“Saya juga telah mengarahka­n Ketua Polis Sibu dan agensi penguatkua­saan undang-undang lain untuk membantera­s apa sahaja jenayah dan kami tidak akan bertolak ansur,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Parti Demokratik

Progresif(PDP)disebuahho­tel terkemuka di sini, kelmarin.

Beliau turut menyatakan keazamanny­a untuk menjamin penduduk Sibu menjalani kehidupan yang baik dan selamat.

Dalam perkara lain, presiden PDP itu berharap partinya akan terus mendekati rakyat dan lebih memahami isu yang dihadapi masyarakat.

Tiong juga mengajak rakyat yang mempunyai banyak idea tentang ekonomi negara semasa, prospek pembanguna­n, keadaan sosial hari ini dan sebagainya untuk tampil berkongsi dengan partinya.

“Saya harap anda akan membincang­kannya dengan kami dan berkongsi pendapat yang membina dan pada masa yang sama kami akan terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bintulu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Beliau menyifatka­n suara rakyat juga menjadi rujukan kepada PDP untuk membuat pelarasan tepat pada masanya ke arah politik dan pada masa yang sama memperkasa­kan kualiti perkhidmat­an awam untuk rakyat.

Hadir sama ialah ialah Timbalan Presiden PDP Datuk HenryHarry­Jinep,NaibPresid­en PDP Datuk Dr Penguang Manggil, ADUN Meluan Rolland Duat, ADUN Krian Friday Belik, Presiden PSB DatoSriWon­gSoonKoh,Timbalan Presiden PSB Dr Johnical Rayong Ngipa dan pengerusi penganjur Agatha Ting.

 ?? ?? DEKATI RAKYAT: Tiong bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina PDP di Sibu, kelmarin.
DEKATI RAKYAT: Tiong bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina PDP di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia