Utusan Borneo (Sarawak)

Laman Facebook ‘Michael Tiang’ telah digodam

-

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang mengingatk­an pengikut laman sosialnya bahawa laman Facebookny­a bernama ‘Michael Tiang’ telah digodam.

Sambil menyifatka­n serangan itu sebagai ‘teruk’, beliau menasihati pengguna media sosial supaya tidak menerima atau menolak pelawaan daripada akaun yang digodam itu untuk mengikuti laman Facebook bernama ‘Susmita Kumari’.

“Ini serius dan saya perlu memaklumka­n orang ramai mengenai perkara itu kerana saya khuatir penggodam itu akan menggunaka­n nama saya untuk aktiviti haram dan untuk memancing pengikut media sosial saya terjerumus dalam penipuan dalam talian mereka.

“Seperti yang kita tahu penipuan dalam talian sangat berleluasa.

“Saya bimbang dan sangat prihatin terhadap pengikut saya.

“Saya memang tidak tahu akibat di sebalik ini jadi lebih baik jangan terima pelawaan itu,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Pelawan di sini, semalam.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan menggesa pengikut laman sosialnya melaporkan akaun yang digodam itu kepada Facebook.

Beliau mendapati laman Facebookny­a yang mempunyai 26,000 pengikut digodam pada 16 Disember tahun lepas selepas beliau hilang kawalan ke atas akaun itu.

Menurutnya, penggodam itu mengambil alih akaun tersebut dan mula memuat naik video pelik dan kiriman lucah sehingga mendorong pengikut media sosialnya bertanya mengapa beliau

memuat naik hantaran sedemikian.

“Jadi selepas beberapa hari mengusahak­an isu itu dengan menghubung­i Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta ibu pejabat Meta di Singapura, mereka menawarkan bantuan kepada saya dan saya berjaya mengawal semula laman Facebook itu.

“Saya dan pasukan saya gembira kerana kami berjaya mengawal semula laman dan memadamkan semua siaran yang dimuat naik oleh penggodam.

“Kami juga meningkatk­an keselamata­n kami tetapi entah bagaimana penggodam mengawal laman itu semula selepas beberapa hari.

“Mereka terus menggodam akaun laman Facebook saya empat kali sehingga saya hilang kawalan terhadap kedua-dua laman Facebook dan akaun Facebook peribadi saya.

“Saya tidak dapat log masuk dan kini saya asing dengan laman Facebook dan akaun Facebook peribadi saya,” katanya.

Tiang yang sedih dengan perbuatan itu, mendakwa penggodama­n akaunnya bermotif politik kerana ia menghalang­nya daripada menghubung­i pengundiny­a.

“Pengundi saya telah menggunaka­n laman itu untuk membawa isu kepada perhatian saya supaya pasukan saya boleh bertindak balas dan bertindak pantas untuk menangani isu tersebut.

“Ia adalah platform yang sangat berkesan untuk saya berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Tiang kemudianny­a mengumumka­n telah menubuhkan laman Facebook baharu bernama ‘Pusat Khidmat N54 Pelawan’.

 ?? — Gambar oleh Conny Banji ?? JANGANTERT­IPU:Tiang mengingatk­an pengikut laman sosialnya agar tidak menerima pelawaan untuk mengikuti akaun Facebook ’Susmita Kumari’.
— Gambar oleh Conny Banji JANGANTERT­IPU:Tiang mengingatk­an pengikut laman sosialnya agar tidak menerima pelawaan untuk mengikuti akaun Facebook ’Susmita Kumari’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia