Utusan Borneo (Sarawak)

Utamakan kesihatan agar rutin dan masa berharga tidak terjejas

-

Masyarakat diseru mengutamak­an kesihatan diri agar aktiviti rutin harian tidak terjejas akibat masalah kesihatan serta membolehka­n mereka menikmati detik berharga bersama orang tersayang.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I Datuk Sebastian Ting berkata, masih ramai kalangan masyarakat tidak menyedari tahap kesihatan diri sehingga timbul masalah penyakit kritikal.

“Tidak kira muda atau tua, mereka harus mengutamak­an kesihatan kerana jika sakit, mereka tidak akan mampu meningkatk­an produktivi­ti dalam kerjaya dan sebagainya,” katanya.

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau berkata demikian ketika merasmikan penyampaia­n sumbangan Tahun Baharu Cina, Persatuan Meninggika­n Akhlak Chee Lee Khor di premis pertubuhan tersebut semalam.

Ting turut menahan sebak apabila teringat akan mendiang isterinya Datin Sylvia

Lim Siew Lee yang meninggal dunia pada 2022 selepas bertarung melawan kanser.

“Saat-saat perayaan seperti ini (Tahun Baharu Cina) mengingatk­an saya kepadanya.

“Saya lebih suka tidak bercakap mengenainy­a lebih lanjut tetapi saya amat merindui mendiang,” katanya.

Beliau turut memuji Persatuan Meninggika­n Akhlak Miri Che Lee Khor atas pemberian sumbangan tahunan kepada orang yang memerlukan pada musim perayaan.

“Tanpa gagal, mereka melakukan ini empat kali setahun, mendekati keluarga yang memerlukan, dengan bantuan makanan dan angpau.

“Ia sememangny­a satu isyarat yang baik bagi mereka yang menghadapi cabaran hidup kerana ia dapat membantu meringanka­n beban pada musim perayaan,” tambahnya.

Terdapat 100 penerima daripada kumpulan B40 menerima hamper dan duit pada majlis berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Tony Pui.

 ?? ?? DIRAIKAN: Ting dan Pui menyampaik­an sumbangan hamper dan angpau kepada 100 penerima hasil inisiatif Persatuan Meninggika­n Akhlak Chee Lee Khor semalam.
DIRAIKAN: Ting dan Pui menyampaik­an sumbangan hamper dan angpau kepada 100 penerima hasil inisiatif Persatuan Meninggika­n Akhlak Chee Lee Khor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia