Utusan Borneo (Sarawak)

Projek naik taraf Jalan Kampung Tanjong Poting-Senibung-Tanjong Bowang bermula

-

Penantian sekian lama warga Bau kini berakhir apabila projek menaik taraf Jalan Kampung Tanjong Poting-Senibung-Tanjong Bowang telah bermula.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Henry Harry Jinep sambil menambah bahawa proses pembersiha­n tapak dan kerja ukur awal projek itu baru sahaja dimulakan.

“Kami mengambil masa lebih kurang tujuh tahun kerana perlu melalui beberapa proses.

“Setakat ini kami tidak mempunyai sebarang masalah besar kerana isu tanah juga sudah dibincangk­an secara baik.

“Kami berbincang dengan pemilik tanah bersama Jaba

tan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk mencari jalan agar projek dapat diteruskan tanpa halangan,” katanya.

Beliau berkata demikian

menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) selepas merasmikan majlis pecah tanah projek itu di Bau, Sabtu lalu.

Projekters­ebutdilaks­anakan oleh Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diluluskan pada 2016 melibatkan kos perbelanja­an berjumlah RM43.9 juta.

Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru berkata, jalan sepanjang 11.4 kilometer itu perlu dilebarkan mengikut piawaian R1 JKR selain pembinaan dua jambatan konkrit.

“Sekiranya projek ini telah siap nanti, kita tidak akan lagi menghadapi masalah banjir sebagaiman­a yang sering berlaku di sini saban tahun,” jelasnya.

Turut hadir Residen Bahagian Kuching Norleha Shariff, Setiausaha Politik Premier Sarawak Charles Chad Nissom, Pegawai Daerah Bau Constantin­e Gerald David Jonas, Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis dan Setiausaha Majlis Daerah Bau Ong Ching Ping.

 ?? — Gambar UKAS ?? REAKSI: Henry (tengah) ketika ditemui pemberita Sabtu lalu.
— Gambar UKAS REAKSI: Henry (tengah) ketika ditemui pemberita Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia