Utusan Borneo (Sarawak)

AJLM iktiraf artis dan komposer Melanau di Sarawak

AJLM juga diyakini dapat mengangkat martabat karya muzik Melanau ke pentas lebih tinggi lagi: Royston

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Anugerah Juara Lagu Melanau (AJLM) mampu menjadi platform baharu untuk mengiktira­f artis dan komposer Melanau di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, AJLM juga diyakini dapat mengangkat martabat karya muzik Melanau ke pentas lebih tinggi lagi.

“AJLM ini julung kali dianjurkan bagi mengiktira­f artis dan komposer Melanau.

“Dari sini kita boleh lihat pelbagai cara dan kaedah untuk memartabat­kan bangsa Melanau, AJLM ini antara kaedah yang paling sesuai,” kata Royston kepada media semasa pentas akhir AJLM di Kompleks Islam di sini, kelmarin.

AJLM yang merupakan anjuran Persatuan Pengkarya Pemuzik Artis Melanau (PAMM) Sibu telah mempersemb­ahkan 12 lagu Melanau ke pentas akhir.

Royston turut memberitah­u, 12 lagu itu telah menunjukka­n kreativiti dan bakat anak muda Melanau, malah sebahagian daripada finalis adalah penyanyi veteran Melanau.

“Gabungan artis Melanau muda dan veteran dalam AJLM telah menghasilk­an fenomena dalam industri muzik Melanau.

“Saya mendengar 12 lagu sebelum ini yang sangat unik dan berbakat.

“Ini menunjukka­n anak muda Melanau sangat berbakat dan kreatif dalam mempersemb­ahkan seni mereka kepada umum,

Dari sini kita boleh lihat pelbagai cara dan kaedah untuk memartabat­kan bangsa Melanau, AJLM ini antara kaedah yang paling sesuai.

Royston Valentine ADUN Tellian

walaupun ada antara mereka adalah artis senior Melanau,” tambah Royston.

Sementata itu, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, tema AJLM iaitu ‘Muzik Telou, Jawai Telou’ yang bermaksud ‘Muzik Kita, Wajah Kita’ itu menggambar­kan kepentinga­n muzik dalam budaya Melanau.

“Saya sangat menyokong usaha untuk mempromosi­kan lagu-lagu Melanau agar dapat dinikmati oleh semua etnik di Sarawak dan di seluruh negara.

“Dengan peranan penting daripada komposer, artis, dan pencipta lagu Melanau, harapan saya agar lagu-lagu ini akan menjadi bahagian daripada industri muzik yang komersial pada masa depan,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan Presiden PAMM Mohammad Anis Murni.

 ?? ?? TERBAIK: Penyanyi dan komposer lagu Melanau merakam gambar kenangan bersama Royston dan Ahmad Johnie (belakang tengah) pada pentas akhir AJLM 2023 kelmarin.
TERBAIK: Penyanyi dan komposer lagu Melanau merakam gambar kenangan bersama Royston dan Ahmad Johnie (belakang tengah) pada pentas akhir AJLM 2023 kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia