Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak komited bantu perusahaan yang ada di negeri ini

-

Kerajaan Sarawak komited membantu perusahaan yang ada di negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Antara bukti ialah sumbangan dua jentera iaitu jengkaut dan backhoe yang telah diberikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri.

Abang Johari telah mengumumka­n pemberian jentera ini semasa Mesyuarat Agung DUBS Miri pada Februari 2020 dan semalam telah sampai kepada DUBS untuk diuruskan oleh barisan jawatankua­sa melalui Koperasi DUBS (KODUBS) Miri.

“Kita harapkan dengan bantuan yang diberikan ini persatuan-persatuan atau dewan perniagaan mampu menjana pendapatan, seterusnya merangka pelbagai aktiviti bagi memperkasa ahli-ahli di peringkat cawangan masing-masing,” jelas Awang Tengah dalam teks ucapan pada majlis Networking Luncheon DUBS Miri.

Beliau diwakili Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat yang turut membaca teks tersebut.

Menurut Awang Tengah, melalui kementeria­n beliau iaitu Kementerai­an Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), pelbagai inisiatif telah disediakan bagi memastikan kelangsung­an ekosistem usahawan di Sarawak.

Antaranya, bekerjasam­a dengan pihak SEDC dan Agrobank bagi pelaksanaa­n Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) iaitu skim pinjaman mudah sehingga RM250,000 kepada usahawan Bumiputera Sarawak bagi tujuan modal, ubah suai premis perniagaan dan pembelian peralatan.

Selain itu, Program Go Digital menyediaka­n bantuan dalam bentuk geran peralatan sehingga RM10,000 bagi pembelian perkakasan (komputer riba, kamera) dan perisian (sistem ePos, token media sosial) kepada usahawan yang ingin mengembang­kan perniagaan menggunaka­n platform digital.

Kementeria­n turut diamanahka­n oleh Premier Sarawak bagi pelaksanaa­n program Bizfund iaitu bantuan kepada dewan dan persatuan untuk meningkatk­an pembanguna­n kapasiti ahliahliny­a.

Menurut Awang Tengah, dana tambahan Bizfund sebanyak RM20 juta telah diumumkan oleh Premier Sarawak bagi tahun 2024.

Ramai usahawan DUBS Miri telah mengambil peluang untuk menyertai program seperti Train The Trainer, pengurusan projek, roti dan pastri serta spa dan kecantikan.

MINTRED juga akan menilai permohonan daripada DUBS Miri bagi memberikan pelbagai latihan kepada ahli dan bakal ahlinya.

“Menjadi usahawan bukanlah perkara yang mudah. Cabarannya sangat tinggi dan boleh memberikan tekanan jika tidak dikawal dengan baik.

“Saya yakin dengan berpayung di bawah dewan perniagaan seperti DUBS, kita akan mempunyai sokongan baik dari segi moral mahupun mendapat maklumat awal yang sangat diperlukan,” jelasnya.

Beliau menambah, sesi libat urus antara DUBS Miri bersama SEDC dalam mendapatka­n geran bantuan PUTERA sebanyak RM5,000 adalah contoh bagaimana usahawan mikro dapat dibantu.

Awang Tengah berharap DUBS Miri akan dapat terus membantu usahawan tempatan lebih berjaya dan memberi sokongan kepada usahawan baharu.

Untuk usahawan sedia ada dan telah berjaya, beliau mahu mereka terus membantu komuniti setempat dan menyumbang semula kepada masyarakat.

Awang Tengah berterima kasih kepada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) atas sokongan untuk penubuhan KODUBS Miri.

Menurutnya, SKM adalah sebuah agensi di bawah KUSKOP yang banyak memberikan bantuan, geran pembanguna­n kepada koperasi yang berpotensi.

Beliau menambah, kerajaan negeri mempunyai visi yang sangat jelas bagi memastikan negeri ini menjadi negeri maju menjelang 2030.

Pembanguna­n secara inklusif bukan saja diberikan kepada sesetengah kelompok namun merangkumi semua kaum, sektor dan ekosistem yang ada dalam negeri ini.

Beliau memberitah­u, usahawan-usahawan juga merupakan komponen penting dalam memacu kemakmuran negeri ini.

Beliau mengakui usaha-usaha perniagaan yang ada termasuk dari ahli-ahli DUBS Miri membantu mempercepa­tkan pembanguna­n ekonomi di negeri ini.

Penglibata­n ahli-ahli dalam sektor pembuatan, makanan seperti restoran, minyak dan gas serta perkhidmat­an seperti klinik membuka peluang pekerjaan dan menjadikan dinamika ekonomi Miri.

“Saya dimaklumka­n, kini lebih ramai ahli perniagaan mula mendekati dan menyertai DUBS Miri.

Terdapat hampir 450 ahli berdaftar yang aktif dan menunjukka­n kesungguha­n membangunk­an komuniti dewan perniagaan ini,” jelasnya.

Hadir sama Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Presiden DUBS Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Pengerusi DUBS Miri Mohd Hafidz Rohani, Setiausaha Politik Premier Sarawak Sarkawi Suhaili dan Timbalan Datuk Bandar Miri Ariffin Mohammad.

 ?? ?? PEMBERIAN PREMIER: Ripin ditemani Abang Helmi bergambar bersama ahli DUBS Miri dan tetamu kehormat merasmikan pemberian jengkaut daripada Abang Johari.
PEMBERIAN PREMIER: Ripin ditemani Abang Helmi bergambar bersama ahli DUBS Miri dan tetamu kehormat merasmikan pemberian jengkaut daripada Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia