Utusan Borneo (Sarawak)

Pengiktira­fan suntik semangat pelajar untuk terus cemerlang

-

Penganjura­n majlis penyampaia­n sijil dan kecemerlan­gan adalah platform pemangkin untuk para pelajar memperting­katkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Perancanga­n PPD Sarikei Mattheus Akun Balang berkata, anugerah yang disampaika­n pada majlis itu adalah penghargaa­n pihak sekolah kepada murid yang telah berjaya meningkatk­an potensi diri dan menunjukka­n prestasi cemerlang dalam pembelajar­an.

“Tahap pencapaian yang ditunjukka­n sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada murid lain untuk meningkatk­an pencapaian akademik dan kokurikulu­m mereka pada masa akan datang.

“Tahniah kepada semua warga sekolah iaitu barisan pentadbira­n, guru, murid dan staf sokongan atas usaha dan sokongan yang ditunjukka­n dalam mencemerla­ngkan murid dalam bidang akademik, kokurikulu­m, sahsiah serta kemenjadia­n pelajar.

“Teruskanla­h kecemerlan­gan itu hingga bila-bila masa dan segala kejayaan ini tidak

seharusnya melekakan kita,” kata Mattheus pada Majlis Apresiasi Kecemerlan­gan Tahun 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sarikei baru-baru ini.

Menurut Mattheus, pendidikan dewasa ini mempunyai pelbagai cabaran dan ia harus ditempuhi dengan sabar oleh pendidik dan pelajar.

“Walaupun kita telah mencipta kecemerlan­gan dan kejayaan tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapk­an setiap kejayaan yang telah dicipta akan berulang dengan sendirinya pada masa depan.

“Hakikatnya, kita akan menghadapi pelbagai cabaran baharu yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melaksanak­an inovasi dan berusaha melangkaui sempadan kecemerlan­gan,” ujar Mattheus.

Sementara itu, Pengetua SMK Bandar Sarikei Rohani Busri dalam ucapan alu-aluannya berkata, majlis itu merupakan kemuncak pengiktira­fan pihak sekolah ke atas pencapaian dan sumbangan pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah.

Beliau berharap pengiktira­fan itu akan memberi suntikan

semangat kepada semua untuk belajar dengan tekun bagi menaikkan nama sekolah.

“Kecemerlan­gan pelajar bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademik sematamata tetapi merangkumi penglibata­n dalam aktiviti kokurikulu­m dan sukan.

“Kita berharap semua pihak dapat bekerjasam­a membangunk­an lagi potensi serta bakat pelajar di sekolah ini sampai bila-bila,” ujar Rohani.

Hadir sama Yang Dipertua) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ling Wen Kwang, Penolong Kanan Pentadbira­n Hamidi Jelani serta warga sekolah yang lain.

 ?? ?? TAHNIAH: Matteus (dua kiri) menyampaik­an anugerah kokurikulu­m kepada pelajar, Desmond Samsudin.
TAHNIAH: Matteus (dua kiri) menyampaik­an anugerah kokurikulu­m kepada pelajar, Desmond Samsudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia