Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU sedia tiga lokasi tapak bazar Ramadan

-

Sempena menyambut bulan Ramadan 2024, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menyediaka­n tiga lokasi tapak jualan bazar Ramadan iaitu di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria.

Jumlah keseluruha­n petak bazar Ramadan di ketiga tiga lokasi tersebut adalah sebanyak 234 petak dan daripada jumlah itu 94 petak di Satok, 24 petak di Semarak dan 116 petak di Sukma Ria.

Kadar bayaran bagi setiap petak adalah RM450 untuk jualan makanan dan minuman dan RM500 untuk jualan panggang di Bazar Ramadan

Satok.

Manakala di Bazar Ramadan Semarak kadar bayaran RM300 bagi jualan makanan dan minuman dan RM400 untuk jualan panggang.

Di Bazar Ramadan Sukma Ria, kadar bayaran RM400 bagi jualan makanan dan minuman dan RM450 bagi jualan panggang.

Permohonan petak jualan sempena bazar Ramadan akan mula dibuka pada 7 Februari 2024 mulai jam 9 pagi hingga 5 petang dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan di laman sesawang DBKU.

Semua pemohon diingatkan untuk mengemukak­an nombor telefon dan e-mel yang sah bagi memudahkan pemakluman keputusan permohonan.

Selain itu, pemohon juga dikehendak­i memuat naik dokumen lengkap seperti gambar berukuran pasport bagi pemohon dan pembantu gerai/pekerja, salinan kad pengenalan pemohon dan pembantu gerai/pekerja, salinan Sijil Kursus Pengendali Makanan pemohon dan pembantu gerai/pekerja dan salinan Laporan Pemeriksaa­n Kesihatan beserta suntikan typhoid (vaksin kepialu) pemohon dan pembantu gerai/pekerja atau salinan Kad Pengendali Makanan DBKU.

Sila ambil maklum bahawa setiap permohonan adalah berdasarka­n siapa cepat dia dapat dan setiap permohonan yang dihantar akan ditapis dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

Hanya permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh pihak DBKU melalui telefon atau e-mel untuk membuat pembayaran dan hadir ke sesi taklimat serta cabutan nombor petak pada 2 Mac di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia