Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Telang Usan rai pelajar cemerlang, tamat tingkatan lima

-

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telang Usan telah menganjurk­an Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Graduasi Tingkatan 5 Sesi 2023/2024 baru-baru ini.

“Sewajarnya kita harus meraikan kejayaan mereka yang telah berusaha bertungkus-lumus mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi khasnya bidang akademik.

“Semoga majlis pada hari ini menjadi peristiwa bersejarah dan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk bersaing bagi mencapai kecemerlan­gan dari segi pencapaian dalam bidang kokurikulu­m sukan dan permainan, saya difahamkan terdapat pelajar di sekolah ini yang memperoleh kejayaan tertinggi di peringkat kebangsaan dan negeri Sarawak dalam pelbagai pertanding­an,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala dalam teks ucapan perasmian yang dibacakan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak Charles Balan

Seling yang hadir mewakili beliau.

“Seterusnya dalam bidang kurikulum pula, saya juga difahamkan Gred Purata Sekolah(GPS) telah mencapai 4.70 dan peratus kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah 89.19 peratus.

“SMK Telang Usan juga satu-satunya sekolah yang berjaya melahirkan seorang murid yang memperoleh A penuh dalam 10 mata pelajaran dalam daerah Baram.

“Tahniah diucapkan atas kejayaan ini,” ujarnya.

“Dengan sokongan dan komitmen yang padu daripada para guru dan ibu bapa, sesungguhn­ya SMK Telang Usan telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang berwibawa dan berketeram­pilan.

“Semoga hubungan erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa dapat merealisas­ikan hasrat sekolah ini untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang dan mampu membangunk­an modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperib­adian mulia, berpengeta­huan dan berkemahir­an tinggi serta berdaya saing akan tercapai dan berkesinam­bungan.

“Kepada pelajar sekalian, sebenarnya tidak ada jalan pintas ke arah mencapai kemajuan melainkan dengan bekerja keras. Saya percaya kesungguha­n dalam menuntut ilmu pengetahua­n dan menguasai kemahiran akan mendorong pelajar untuk menjadi warga sekolah yang cemerlang.

“Pendek kata, gunakan peluang pembelajar­an di sekolah sebagai peluang untuk meneroka potensi anda ke tahap yang maksimum dan lalui proses pembelajar­an sebagai proses yang bermakna dan menggembir­akan,” tambahnya.

Seramai 175 pelajar tingkatan lima diraikan pada majlis tersebut yang menobatkan Chin Zhi Qin sebagai penerima Anugerah Harapan SPM dan Anugerah Adiwarna 2023/24.

Sementara itu, Tie Jai Jin menerima Anugerah Keterampil­an Kepimpinan, Puteri Sukan Tanisha Wong Mun Mei dan Putera Sukan Hii Tai Seng.

Hadir sama Pengetua Rechard Emang, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mika Mus Agan, SAO Fawzan Yunus, Inspektor Connie dan ketua masyarakat tempatan.

 ?? ?? TAHNIAH: Chin yang diiktiraf sebagai Pelajar Cemerlang SMK Telang Usan 2023-24.
TAHNIAH: Chin yang diiktiraf sebagai Pelajar Cemerlang SMK Telang Usan 2023-24.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia