Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan bentuk generasi muda cemerlang, berdaya saing

Kerajaan sedia pelbagai kemudahan mudahkan mereka tuntut ilmu sekali gus ceburi pelbagai bidang profesiona­l

-

KUCHING: Bidang pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang dan berdaya saing, kata Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Menurut beliau, kerajaan telah menyediaka­n pelbagai kemudahan dalam sektor pendidikan bagi memudahkan golongan ini menuntut ilmu pengetahua­n sekali gus menceburi pelbagai bidang profesiona­l.

“Justeru, saya sarankan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) St Dominic Pichin untuk mengambil peluang terhadap kemudahan pendidikan yang disediakan kerajaan termasuk menimba ilmu daripada tenaga pengajar yang berkemahir­an.

“Dengan adanya kemudahan seperti ini, maka tiada alasan lagi untuk anak-anak tidak boleh berjaya dalam bidang pendidikan yang lebih baik berbanding 70 tahun yang lepas,” katanya yang dipetik menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan Majlis Perasmian Hari Komuniti 2024 SK St Dominic Pichin di Dewan Tayung Langui Kampung Pichin, kelmarin (Sabtu).

Dalam pada itu, Riot menggesa murid SK St. Dominic untuk mencontohi kejayaan daripada bekas murid sekolah yang telah menjadi wakil rakyat.

“Kedudukan terbaik SK St Dominic seharusnya dikekalkan kerana 70 tahun yang lepas sekolah ini mampu mengeluark­an wakil rakyat seperti Datuk Amar Dominic Dago Randan dan Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

“Mereka ini harus dijadikan contoh dan mentor untuk anak-anak terus berjaya sekali gus dapat menempah nama di persada dunia,” ujarnya.

Beliau turut menasihati para ibu bapa dan penjaga termasuk ketua kaum, Jawatankua­sa Kemajuan

Justeru, saya sarankan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) St Dominic Pichin untuk mengambil peluang terhadap kemudahan pendidikan yang disediakan kerajaan termasuk menimba ilmu daripada tenaga pengajar yang berkemahir­an.

Datuk Seri Richard Riot Jaem Ahli Parlimen Serian

dan Keselamata­n Kampung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengelola Sekolah supaya tidak memandang remeh kepada isu pendidikan.

Pada program itu, Riot turut meluluskan peruntukan projek kecil luar banfar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada PIBG SK St Dominic Pichin.

 ?? — Gambar UKAS ?? AMANAT: Riot ketika berucap pada majlis perasmian Hari Komuniti 2024 SK St Dominic Pichin di Dewan Tayung Langui Kampung Pichin pada Sabtu lepas.
— Gambar UKAS AMANAT: Riot ketika berucap pada majlis perasmian Hari Komuniti 2024 SK St Dominic Pichin di Dewan Tayung Langui Kampung Pichin pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia