Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap ambil berat, sokongan ibu bapa tentukan kejayaan anak

-

MIRI: Kecemerlan­gan anakanak bukan hanya bergantung kepada pembelajar­an di sekolah semata-mata, tetapi peranan ibu bapa juga amat penting dalam menentukan pencapaian dan hala tuju anak masing-masing.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n II Datuk Sebastian Ting berkata, sikap mengambil berat dan memberi sokongan adalah rencah paling utama dalam menentukan kejayaan anakanak dalam pendidikan.

“Ibu bapa merupakan guru kedua kepada anak-anak di rumah.

“Justeru, dalam hal ini, jalinan kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah teras utama.

“Ibu bapa adalah golongan yang menjadi tunjang dalam proses pendidikan murid di rumah dan proses pendidikan anak seharusnya berlaku dari usia yang masih muda serta berterusan dalam bentuk hubungan serta didikan menerusi amalan teladan, teguran dan nasihat oleh ibu bapa di rumah,” katanya.

Ting memberitah­u demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Bintang Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang di dewan Bangunan Baitulmal di sini, kelmarin.

Teks ucapan Ting dibacakan oleh wakil beliau Kaunselor Karambir Singh.

Majlis Anugerah Bintang itu merupakan program tahunan yang bertujuan memartabat­kan kejayaan murid dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan sahsiah.

Sebelum ini, SK Jalan Bintang juga telah mengadakan tiga sesi majlis yang semuanya diadakan bertujuan mengiktira­f penglibata­n dan kejayaan murid dan telah diadakan di dewan sekolah iaitu Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid, Majlis Cemerlang Akademik dan Majlis Anugerah Kokurikulu­m.

Majlis Anugerah Bintang merupakan acara kemuncak program tersebut.

“Diharapkan kecemerlan­gan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanla­h kecemerlan­gan ini sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita namun menjadi pemangkin kepada kita untuk terus berjaya dalam pelajaran.

“Murid-murid sekalian, ingatlah pesanan saya ini.

“Untuk menjadi seorang murid yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.

“Berpegangl­ah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

“Bangkit semula, bergerak ke hadapan untuk menuju cita-cita anda,” ujar Ting.

Beliau kemudianny­a menyampaik­an penghargaa­n kepada guru-guru SK Jalan Bintang yang berjaya memartabat­kan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti sehingga mencapai kecemerlan­gan yang diimpikan.

“Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma kepada anak-anak kita yang masih kecil ini dalam menjana modal insan yang terbilang dan melahirkan insan kamil yang mampu mentadbir urus negara kita suatu hari nanti terutama negeri Sarawak yang kita sayangi,” katanya.

Majlis itu menyaksika­n penyampaia­n Anugerah Murid Cemerlang PPKI, Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulu­m dan yang utama, Anugerah Murid Cemerlang (Terbaik KAFA, Cemerlang PBD, Terbaik Keseluruha­n Akademik, Terbaik Keseluruha­n Kokurikulu­m, Terbaik Hal Ehwal Murid dan Anugerah Khas Guru Besar).

Sementara itu, adik Nathaniel Lahung telah diberikan Augerah Khas Guru Besar yang disampaika­n Guru Besar Mohamad Yusuf Abu Bakar.

Nathaniel juga memenangi Anugerah Kecemerlan­gan Murid - Terbaik Keseluruha­n Akademik yang disampaika­n oleh Karambir.

Turut hadir Pemangku Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Aaron Abel Donald Lingan, guru dan ibu bapa murid.

 ?? ?? TAHNIAH: (Barisan belakang) (Dari enam kiri) Aaron, Karambir dan Mohamad Yusuf bersama Nathaniel (barisan depan, dua kiri) dan tiga pelajar lain yang menerima anugerah utama kategori masing-masing serta ibu bapa mereka.
TAHNIAH: (Barisan belakang) (Dari enam kiri) Aaron, Karambir dan Mohamad Yusuf bersama Nathaniel (barisan depan, dua kiri) dan tiga pelajar lain yang menerima anugerah utama kategori masing-masing serta ibu bapa mereka.
 ?? ?? MERIAH: Ameer (tengah) bersama peniaga-peniaga Bombay Bazaar.
MERIAH: Ameer (tengah) bersama peniaga-peniaga Bombay Bazaar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia