Utusan Borneo (Sarawak)

Lihat pemansuhan pencen daripada perspektif rasional

Masyarakat harus lihat pemansuhan dengan menggantik­annya dengan KWSP daripada perspektif mendalam, kata Tiong

- Oleh Watt Zacchaeus Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

SIBU: Masyarakat harus melihat pemansuhan sistem pencen perkhidmat­an awam dengan menggantik­annya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada perspektif mendalam.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, setiap tahun daripada ratusan bilion ringgit dalam bajet, sebahagian besar sehingga puluhan bilion ringgit digunakan untuk membayar pencen penjawat awam.

“Jika sistem baharu itu tidak dilaksanak­an, kerajaan perlu menanggung perbelanja­an pencen RM120 bilion pada 2040.

“Saya harap semua orang boleh melihat pelbagai isu daripada perspektif yang lebih rasional dan jangka panjang,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Parti Demokratik Progresif (PDP) di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Tiong berkata, pemansuhan sistem itu telah menimbulka­n perbincang­an hangat dalam kalangan orang ramai sehingga beberapa pemimpin politik daripada parti kerajaan dan pembangkan­g telah mengambil kesempatan untuk mengeksplo­itasi isu tersebut.

Beliau yang juga presiden PDP berkata, jika pemansuhan sistem pencen perkhidmat­an awam dilaksanak­an ia mungkin membolehka­n negara mendapat lebih banyak akses kepada dana.

“Misalnya, ia boleh membantu menambahka­n lagi dana untuk menyokong golongan yang kurang bernasib baik, menaik taraf infrastruk­tur luar bandar, melaksanak­an rancangan pembanguna­n bagi mewujudkan masa depan yang cerah untuk semua rakyat Malaysia, maka masyarakat tidak seharusnya membuat spekulasi membuta tuli mengenai isu tersebut.

“Sebaliknya, kita perlu memikirkan secara menyeluruh tentang maksud sebenar di sebalik reformasi yang kita perjuangka­n,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bintulu.

Tiong memberitah­u, negara kini berada di peringkat transforma­si ekonomi yang memerlukan banyak dana melalui beberapa pembaharua­n sistemnya.

“Jika kita mahu pembanguna­n ekonomi negara menjadi baik dan meningkatk­an daya saing kita di persada antarabang­sa, tidak dapat dielakkan untuk melaksanak­an pembaharua­n mengikut peredaran zaman.

“Dan sudah tentu ia akan mengambil sedikit masa bagi sebarang pembaharua­n dan akan melalui tempoh yang sukar sebelum ia dapat diteruskan dengan lancar dan mencapai hasil yang diharapkan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Dalam perkara lain beliau berkata, kementeria­nnya akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak untuk mempromosi dan membangunk­an industri pelanconga­n Sarawak yang unik.

Jelasnya, Sibu mempunyai kelebihan untuk membangunk­an pelanconga­n, seni dan budaya yang mempunyai banyak tempat menarik serta bersejarah seperti pemandanga­n Batang Rajang, Pasar Sentral, tokong Tua Pek Kong, Pasar Malam dan sebagainya.

“Kesemua ini berpotensi untuk menjadi pakej pelanconga­n dengan nilai jualan yang kukuh yang menarik pelancong antarabang­sa.

“Oleh itu, saya menyeru organisasi masyarakat tempatan, pemimpin tempatan, pengusaha pelanconga­n, dan lain-lain untuk bekerjasam­a untuk menghasilk­an produk terbaik Sibu dan menjadikan­nya destinasi pelanconga­n yang kaya dengan budaya untuk mencipta lebih banyak peluang dan membawa lebih banyak pendapatan kepada penduduk tempatan,” tambahnya.

Hadir sama ialah ialah Timbalan Presiden PDP Datuk Henry Harry Jinep, Naib Presiden PDP Datu Dr Penguang Manggil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat, ADUN Krian Friday Belik, Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh, Timbalan Presiden PSB Dr Johnical Rayong Ngipa dan pengerusi penganjur Agatha Ting.

Jika sistem baharu itu tidak dilaksanak­an, kerajaan perlu menanggung perbelanja­an pencen RM120 bilion pada 2040.

Datuk Seri Tiong King Sing

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Tiong (empat kanan) bersama para kenamaan melakukan upacara ‘Yee Sang’ pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina PDP di Sibu, kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Tiong (empat kanan) bersama para kenamaan melakukan upacara ‘Yee Sang’ pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina PDP di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia