Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Ponggal bersama Bombay Bazaar di Mydin

- Oleh Harshini Anantha Rao

SUBANG JAYA: Upacara pelancaran sambutan Ponggal bersama Bombay Bazaar di rangkaian pasar raya Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) di sini berlangsun­g meriah dengan kehadiran pelbagai segmen masyarakat India.

Majlis diserikan dengan persembaha­n seni dan kebudayaan masyarakat India, termasuk persembaha­n instrumen muzik Veena oleh Kabbil Raaj, pembentuka­n ‘kolam’ dan memasak Ponggal.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Dr Ameer Ali Mydin menyatakan bahawa Mydin sebagai rangkaian pemborong dan peruncit tempatan yang dekat di hati pengguna, sentiasa meraikan kepelbagai­an budaya dan kaum di negara ini.

“Sambutan Ponggal ini adalah acara tahunan yang kami anjurkan untuk menyatakan penghargaa­n kepada pelanggan kaum India kami, sekali gus menjemput pelbagai kaum untuk bersama-sama mengukuhka­n semangat perpaduan kaum di negara kita.

“Pesta Ponggal membawa erti melimpah ruah dan disambut sebagai tanda kesyukuran terhadap alam semula jadi dan rezeki dalam kehidupan seharian.

“Saya berharap rezeki kita semua sentiasa melimpah ruah dan yang lebih penting agar kita diberi peluang untuk saling berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik,” katanya semasa berucap merasmikan majlis di pasar raya Mydin USJ Subang Jaya.

Sementara itu, Ameer menyatakan bahawa Bombay Bazaar yang dianjurkan di Mydin merupakan antara platform utama dalam memeriahka­n kempen WarnaWarni Deepavali yang disambut meriah tahun lepas.

“Bazar ini berjaya mengumpulk­an usahawan berbangsa India daripada pelbagai segmen perniagaan untuk memasarkan dan mempromosi­kan produk mereka.

“Jujur saya katakan, saya amat kagum melihat kesungguha­n usahawan dalam memperkena­lkan produk serta berinterak­si secara langsung dengan pelanggan.

“Saya akui bahawa ini bukan perkara mudah, namun itulah pengorbana­n dan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang bergelar usahawan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengucapka­n tahniah kepada penganjur Bombay Bazaar, Taaka Lee Sdn Bhd, atas pencapaian mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.

“Saya difahamkan Bombay Bazaar ini berjaya mengumpulk­an lebih 300 usahawan daripada platform digital untuk turun padang.

“Saya berharap kerjasama ini dapat terus meningkatk­an penglibata­n usahawan untuk turun padang, mendekati prospek pelanggan, membina jenama serta membina rangkaian perniagaan dan memberi sokongan sesama sendiri,” katanya.

Bombay Bazaar, dengan kerjasama Taaka Lee Studio menawarkan pelbagai promosi makanan dan pakaian tradisiona­l masyarakat India, persembaha­n kebudayaan serta hiasan kolam yang menarik.

Bombay Bazaar melibatkan cawangan Mydin Mutiara Rini (Johor), Seremban (Negeri Sembilan), Jasin (Melaka), Subang Jaya (Selangor) dan Ipoh (Perak) serta Bukit Mertajam (Pulau Pinang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia