Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS puji penduduk Rumah Abell Mang anjur kempen pembersiha­n besar-besaran

-

SIBU: Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kevin Lau memuji penduduk Rumah Abell Mang di Bawang Assan kerana menganjurk­an kempen pembersiha­n besarbesar­an dengan MDLBS di sini kelmarin.

Bercakap kepada pemberita selepas kempen itu, Lau mewakili Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai pada majlis itu berkata, ini adalah bidang penting MDLBS bekerjasam­a dengan rakyat.

Beliau berkata, dengan bekerjasam­a bersama mereka, MDLBS dapat meningkatk­an perkhidmat­annya dan berfungsi dengan lebih baik.

“Perkara ini sering ditekankan oleh Sempurai supaya dapat memberikan perkhidmat­an lebih baik dan cekap kepada rakyat,” katanya.

Lau berkata, projek komuniti itu juga membantu mereka mendekati masyarakat.

“Ini bukan sekadar kempen pembersiha­n tetapi acara mengumpulk­an rakyat bersama.

Ini membina solidariti perpaduan diperlukan berkongsi tugas bersama.

“Bagi MDLBS, kempen membersihk­an persekitar­an masyarakat adalah satu tanggungja­wab. Sebab itu, Sempurai sering menggalakk­an Ahli Majlis keluar dan bekerjasam­a dengan masyarakat

di kawasan masing-masing,” jelasnya.

Menurutnya, melalui kerjasama dengan rakyat MDLBS dapat melaksanak­an perkhidmat­an mereka dengan lebih cekap.

Lau berkata, MDLBS sentiasa berusaha ke arah perkongsia­n tugas ini seperti

membasmi penularan demam denggi dan jangkitan rabies.

“Walaupun tidak banyak kes ini kami prihatin dengan mereka kerana jangkitan ini adalah soal hidup dan mati.

“Oleh itu, kami menganjurk­an kempen kesedaran sedemikian untuk melindungi komuniti,” katanya.

 ?? ?? GOTONG-ROYONG: Penduduk Rumah Abell Mang menyertai kempen pembersiha­n di Bawang Assan, Sibu kelmarin.
GOTONG-ROYONG: Penduduk Rumah Abell Mang menyertai kempen pembersiha­n di Bawang Assan, Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia