Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Pemimpin Masyarakat Cina Sibu sumbang RM2,000 kepada Persatuan Autistik

-

Persatuan Pemimpin Masyarakat Cina Bahagian Sibu menyumbang RM2,000 kepada Persatuan Autistik Sibu (SAA) kelmarin.

Presidenny­a Temenggung Dato Vincent Lau menyerahka­n cek itu kepada Presiden SAA David Ngu dan disaksikan pemimpin masyarakat Cina lain.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu, Lau berkata sumbangan kepada SAA adalah sebahagian daripada agenda tahunan persatuan mereka membawa kegembiraa­n perayaan dan membantu SAA menjalanka­n aktiviti mereka dan pusat itu.

“Kami memberi dana ini kepada SAA setiap tahun. Bagaimanap­un, disebabkan dana terhad kami hanya boleh memberi jumlah kecil tetapi kami ingin melihat melalui usaha ini lebih ramai tampil memberi bantuan kepada SAA.

“Walaupun SAA dibiayai oleh jabatan kebajikan tetapi ia tidak mencukupi dan mereka masih bergantung kepada sokongan masyarakat,” jelasnya.

Beliau berkata adalah penting membina masyarakat penyayang yang mengambil berat terhadap golongan tidak bernasib baik.

Sementara itu, Ngu berkata dalam menjalanka­n pusat SAA ia menelan kos hampir RM500,000 setiap tahun.

Sebab itu, selain mendapat dana daripada kerajaan mereka masih memerlukan sokongan daripada masyarakat dalam perjalanan pusat itu.

“Pada masa ini, kami mempunyai kira-kira 40 anak dan kami masih mempunyai senarai menunggu sangat panjang kerana kami tidak mempunyai tenaga kerja mencukupi dan ruang terhad.

“Untuk membantu kanakkanak ini, kami memerlukan guru-guru terlatih sangat istimewa dan sentiasa memastikan mematuhi peraturan dan peraturan ditetapkan jabatan kebajikan memastikan keselamata­n kanakkanak sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, kini mereka hanya mempunyai 10 guru sepenuh masa membantu kanak-kanak autisme itu.

Ngu juga berkata, SAA dalam proses membina blok baharu untuk menempatka­n lebih ramai kanak-kanak.

Katanya, mereka masih menunggu kelulusan peringkat akhir dan apabila bangunan ini menjadi realiti ia boleh memuatkan kira-kira 200 kanak-kanak.

“Sekali lagi ia masih mengenai pembiayaan. Untuk memiliki bangunan ini kita perlu ada sekurang-kurangnya RM3 juta dan pada masa ini kita hanya ada kira-kira RM300,000 jadi adalah satu cabaran besar bagi saya.

“Kes autisme di Sibu meningkat setiap tahun dan setiap tahun secara purata, kita mempunyai sekurangku­rangnya 100 kes baharu.

“Tahun lalu, kita hampir mencecah 140 kes, jadi itu jumlah besar,” katanya.

Beliau berkata ia menjadi komuniti besar dan membantu kanak-kanak ini adalah penting memastikan mereka boleh menjadi inklusif kepada masyarakat.

“Pengesanan awal dan intervensi awal adalah penting. Seperti anak saya, dia disahkan menghidap autisme pada usia dua tahun dan pada usia tiga tahun, dia menerima program intervensi awal.

“Hari ini, dia berumur sembilan tahun dan dia pergi ke salah satu kelas terbaik di SK Perbandara­n No.2 di sini,” jelasnya.

 ?? ?? SUMBANGAN: Lau (tujuh kiri) menyampaik­an cek sumbangan kepada Ngu sambil disaksikan pemimpin masyarakat Cina di Sibu kelmarin.
SUMBANGAN: Lau (tujuh kiri) menyampaik­an cek sumbangan kepada Ngu sambil disaksikan pemimpin masyarakat Cina di Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia