Utusan Borneo (Sarawak)

Penjagaan pili bomba tanggungja­wab semua pihak

Ia perlukan perhatian, penjagaan bukan sahaja oleh bomba tetapi komuniti setempat

- Oleh Kepu Sidi Mahmudin Narudin Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei

SARIKEI: Penjagaan dan keberfungs­ian pili bomba bukan hanya tanggungja­wab bomba sahaja tetapi merupakan tanggungja­wab semua pihak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pili bomba di sini memerlukan perhatian dan penjagaan bukan sahaja oleh bomba tetapi melibatkan komuniti setempat.

“Masyarakat harus sedar peranan dan tanggungja­wab menjaga serta memulihara harta benda awam seperti pili bomba adalah tanggungja­wab bersama.

“Langkah dan komitmen ini amat penting bagi memastikan setiap pili bomba mampu berfungsi dengan baik

terutama apabila berhadapan dengan situasi kecemasan.

“Justeru, kita berharap masyarakat dapat bersama dengan bomba memulihara kemudahan ini dalam usaha memastikan setiap pili bomba berada keadaan baik dan sedia digunakan bila-bila masa diperlukan terutama menghadapi kes kecemasan,” katanya.

Dalam program pemeriksaa­n pili bomba kelmarin, anggota bomba melakukan pemeriksaa­n beberapa pili bomba di Jalan Rentap dan Jalan Hospital di sini.

Menurut Mahmudin, hasil pemeriksaa­n tersebut bomba mendapati semua pili terbabit berada dalam keadaan baik.

“Masyarakat perlu sedar kemudahan diwujudkan

untuk menyelamat­kan nyawa dan bukan sebagai perhiasan di tepi-tepi jalan atau di kawasan-kawasan perumahan, kampung mahupun rumah panjang.

“Bomba sentiasa melakukan rondaan, pemantauan dan pemeriksaa­n terhadap pili-pili bomba ini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Kita berharap masyarakat dapat bersama dalam usaha mengekang dan memastikan tiada pili bomba dirosakkan atau dicuri oleh pihak yang tidak bertanggun­ngjawab,” jelasnya.

Seramai dua orang anggota bomba terlibat dalam tugasan memeriksa pili bomba di lokasi terbabit.

“Masyarakat harus sedar peranan dan tanggungja­wab menjaga serta memulihara harta benda awam seperti pili bomba adalah tanggungja­wab ” bersama.

 ?? ?? PERIKSA: Anggota bomba melakukan pemeriksaa­n pili bomba di Jalan Rentap dan Jalan Hospital Sarikei kelmarin.
PERIKSA: Anggota bomba melakukan pemeriksaa­n pili bomba di Jalan Rentap dan Jalan Hospital Sarikei kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia