Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa rumah dimasuki air ekoran banjir kilat

Bomba terima pa��ggila�� jam 9.40 pagi sebelum gerakka�� a��ggota BBP Petra Jaya ke Jala�� Kemu��i��g Mata��g

- Oleh Marlinda Mardzuki Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak

Susula�� itu�� kita (pihak bomba�� me��asihati pe��ghu��i rumah u��tuk berpi��dah ke pusat pemi��daha�� seme��tara ba��jir.

KUCHING: Dua rumah di Jalan Kemuning Matang di sini, dimasuki air ekoran banjir kilat selepas hujan turun dengan lebat sejak pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.40 pagi sebelum menggerakk­an anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian katanya, didapati kedua-dua rumah berkenaan dinaiki air sehingga atas paras lutut.

“Susulan itu, kita (pihak bomba) menasihati penghuni rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara banjir.

“Bagaimanap­un penghuni terbabit tidak mahu berpindah atas alasan rumah tingkat atas masih boleh didiami,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, penghuni daripada kedua-dua rumah yang terdiri daripada 12 lelaki, sembilan wanita, enam kanak-kanak dan seorang warga emas memohon untuk diberikan bekalan asas seperti makanan dan perubatan.

“Bilik kawalan maklumkan perkara itu kepada Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, sebuah rumah di Lorong Petra 2 Sungai Bedil di sini, turut dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.42 pagi memaklumka­n kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi iaitu Lorong Petra 2 Sungai Bedil, didapati rumah pengadu dinaiki air.

“Anggota menasihati penghuni rumah yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan berpindah ke pusat pemindahan sementara banjir jika air terus naik bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, penghuni rumah terbabit turut meminta agar bekalan asas seperti makanan dan perubatan diberikan kepada mereka.

“Kita telah maklumkan perkara itu kepada Angkatan Pertahanan Awam untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ?? ?? NAIK: Gambar menunjukka­n mangsa banjir di salah sebuah rumah yang dinaiki air di Jalan Kemuning Matang pagi semalam.
NAIK: Gambar menunjukka­n mangsa banjir di salah sebuah rumah yang dinaiki air di Jalan Kemuning Matang pagi semalam.
 ?? ?? BANJIR: Gambar menunjukka­n keadaan rumah mangsa yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.
BANJIR: Gambar menunjukka­n keadaan rumah mangsa yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia