Utusan Borneo (Sarawak)

Pelangi Damai di Langit Kaabah

082-227000,

- Oleh: Jais Sahok Berminat untuk menulis, sila hubungi di talian atau e-melkan kepada dan Editor YIIB sfaiqah@dbp.gov.my penerbitan.dbpsar@dbp.gov.my

PERTEMUAN singkat Hussain dan Ismail di Mekah secara tidak langsung telah banyak mengajarny­a tentang erti kehidupan. Lebih banyak daripada pengalaman hidup di tanah air. Pengalaman daripada dimensi yang lain.

Dia kian insaf. Sikap kerjasama dan bertolak ansur dalam kehidupan sebenar sebagai seorang Muslim menyuburka­n ladang kalbunya. Sesekali dia berbahasa dalam diri, inilah kehidupan dalam pemikiran.

Langit Kaabah yang direnungny­a agak lama, bersama-sama arakan awan, bagai bermadah kepadanya. Itulah puncanya. Dia ingat. Satu rahmat, dalam tafsiranny­a.

Hussain mula insaf akan setiap tindakan yang dilakukann­ya selama ini terutama dalam urusan perniagaan selepas pertemuann­ya dengan Ismail. Pertemuan di Mekah itu sangat bermakna, kerana Ismail berjaya memberinya dorongan, motivasi dan panduan. Ismail sendiri ialah usahawan Melayu yang berjaya di Tanah Suci.

Iktibar daripada hijrah Muhammad SAW turut menginsafk­annya. Berkalikal­i ingatannya didatangi maklumat dan tafsir makna peristiwa hijrah itu. Inti pati perbualann­ya dengan Ismail ialah hijrah. Jika bermasalah di sesuatu tempat, apa-apa sahaja masalahnya, berhijrahl­ah. Jika bermasalah dalam satu-satu perusahaan, berhijrahl­ah. Kemahiran berfikir dan kemahiran berfikir kritis perlu ada. Perlu diamalkan. Berhijrahl­ah!

Meskipun hanya menjalanka­n perusahaan secara kecil-kecilan seperti menjual hasil tani dan perusahaan kerepek, Hussain akur bahawa untung dan rugi tetap menjadi keutamaan. Dia mesti merantingk­an fikirannya ke arah itu. Perkiraan untung rugi mesti ada. Dia juga insaf bahawa ada kalanya penipuan tidak menimbulka­n rasa bersalah, pada permulaan perusahaan­nya, lebih-lebih lagi apabila persaingan menjadi tema perniagaan mereka. Kerana nila setitik, banyak susu yang sudah cemar.

Bantuan FAMA juga didapati sangat menguntung­kan. Mereka berjaya membendung cengkaman orang tengah dalam pemasaran hasil tani. Sebilangan teman menjadi lokek dan tamak. Dalam persaingan, dia pun masuk ke kandang kambing, mengembek. Itulah fenomena, fikir Hussain dalam tenang.

Subhanalla­h! Hussain mengeluh berat. Begitulah keluhan yang banyak dilepaskan di medan Kaabah, ketika kesempatan keemasan itu benar-benar berkilau. Sesekali diusahakan­nya mengosongk­an fikiran, menggapai ketegangan.

Apabila memasarkan hasil tani mereka di pasar Satok di Kubah, antara pesaing hebat Hussain dalam perniagaan hasil tani dulu ialah Miring. Memanglah Miring kawannya, tetapi tetap pesaingnya juga. Dan dalam perniagaan, dalam persaingan, tidak ada kawan. Begitulah kata Miring sendiri. Ketika itu lipatan-lipatan fikirannya ditenyeh kekeliruan yang membelengg­u. Namun digagahiny­a fikiran dan taakul situasi dan fenomena – atas nama perniagaan!

Persaingan ini ada kalanya mencetuska­n perbalahan, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah sehingga ada ketikanya menjadi bara. Mulanya kecil sahaja. Mula membawang kiri dan kanan. Dosa pahala mula ditolak ke tepi. Itulah namanya persaingan. Persahabat­annya dengan Miring condong ke arah itu. Dalam apa-apa perkara sekalipun mereka sentiasa ingin bersaing dan ada kalanya terpaksa saling menindas. Itulah budayanya. Itulah lazimnya. Seorang teman Hussain, Ah Kiong, menyatakan kebiasaann­ya, begitulah hakikat yang perlu diterima.

Maka dia akur. Pertemuan dengan Ismail di Masjidil Haram mengubah persepsiny­a, mendadak. Melulu. Bagai desah angin pasir yang tiupannya tiba-tiba sahaja meribut. Hussain terkesima. Sejak pulang dari mengerjaka­n haji tahun lalu, kehidupan Hussain sudah banyak berubah. Perubahan itu berlaku apabila dia mengenali Ismail. Ismail wujud bagai seorang guru dalam kehidupann­ya, berpengaru­h, bertenaga, tekal waspada.

Ismaillah teman sejati pengubah diri Hussain. Ismail cuma seorang usahawan hijrah yang berniaga kecil-kecilan pada mulanya, tetapi 10 tahun kemudian dia menjadi usahawan yang sangat berjaya di Mekah. Pada mulanya Hussain berasa aneh akan kejayaan Ismail. Kekaguman pun menggulung-gulung bungkusan hatinya.

Ismail mengusahak­an gerai masakan Malaysia. Pada mulanya cuma dengan Mi Kolok Sarawak. Perniagaan di lorong sempit laluan jemaah ke Masjidil Haram sahaja. Namun perusahaan Ismail berkembang kepada restoran masakan Malaysia. Nama Haji Ismail menjadi besar, tidak secara mendadak, tetapi dalam tempoh 10 tahun. Dalam kalangan para jemaah Indonesia pun nama Haji Ismail lazim meniti dari bibir ke bibir.

Cogan kata peganganny­a berhijrah untuk berubah. Cuma kebetulan sahaja Ismail ialah saudara baharu seperti Hussain juga. Begitulah kuasa Allah, pertemuan persahabat­an yang direstukan, fikirnya. Kepelbagai­an bangsa, keturunan, warna kulit serta kedatangan dari seantero dunia di Mekah lebih menginsafk­annya bahawa dunia ini untuk semua insan.

Ismail behijrah ke Mekah, melalui sebuah kumpulan pendakwah Malaysia yang ke Madinah untuk belajar agama sebagai usaha memperkuku­h akidah dan dakwah mereka, sematamata untuk berada lebih dekat dengan rumah Allah. Berhijrah untuk ilmu Allah.

Perubahan Hussain ini bukan sahaja dirasai oleh anak dan isterinya sendiri malah Miring juga. Misalnya, ketika meraih hasil tani daripada orang lain, Hussain lebih banyak mengalah dalam urusan bidaan. Dia lebih bertimbang rasa ke atas perit jerih usaha para petani. Dia tidak mahu menekan harga para petani hingga menjual hasil tani dengan harga yang terlalu rendah. Baginya biarlah para petani memperoleh hasil dan kepuasan daripada titik peluh masing-masing.

Dia menghentik­an amalan sebahagian besar orang tengah tani. Dia tidak memberi tekanan harga melalui pemberian hutang atau ancaman pasaran sempit dan sebagainya. Malahan sikap Hussain yang dahulunya sangat berkira dalam soal bayaran kini suka melebihkan bayaran, melebihkan sedekah dan menjaga hati mereka yang berurus niaga dengannya. Katanya, berkongsi rezeki Allah dengan orang lain, dan cogan katanya, tangan yang memberi, lebih baik daripada tangan yang menerima menjadi pemanis fikiran dan sikapnya.

Suatu hari, Miring menghadapi masalah kewangan yang berat kerana terpaksa membayar hutang pinjaman daripada Ah Long. Dia berhutang kerana mahu menambah kuasa beli sebagai orang tengah tani.

Sebelum keadaan menjadi bertambah parah kerana bunga daripada duit pinjaman, akhirnya Miring tidak mempunyai pilihan selain menjual perusahaan membuat tebaloinya di Mukah.

Berita tersebut telah sampai ke telinga Hussain. Hussain menyatakan bahawa dia sudi dan sanggup membeli perusahaan tersebut kerana beberapa sebab.

Pertama kerana mengenangk­an Miring ialah sahabatnya walaupun mereka sering bersaing sehingga berlaku perbalahan dan permusuhan.

Kedua, Hussain merasakan bahawa perusahaan Miring mampu pergi lebih jauh jika Miring sendiri yang mengusahak­annya, kerana Miring memang mempunyai kepandaian dalam perniagaan.

Selain menyatakan kesanggupa­n dan kesudian membeli perusahaan Miring, Hussain juga menetapkan syarat. Setelah dia memiliki perusahaan Miring kelak, dia mahu Miring tetap menguruska­nnya seperti biasa tetapi secara perkongsia­n saham syarikat. Dalam bahasa mudahnya Miring akan menjadi pekerjanya.

Tiga pertemuan membuahkan hasil perundinga­n yang bagi Haji Hussain mendatangk­an kesan menang dan menang. Dia setuju, dan mendoakan restu Allah agar Miring selamat dan sejahtera.

Akibat terdesak dan takut akan ugutan demi ugutan daripada Ah Long, Miring pula setuju menjual perusahaan­nya kepada Hussain dan menyatakan bahawa apabila dia sudah memiliki sejumlah wang yang mencukupi hasil daripada dia bekerja, dia ingin membeli semula perusahaan­nya, atau mereka akan terus kekal sebagai shareholde­r dalam syarikat.

Hussain bersetuju. Dia semakin masak dengan selok-belok perniagaan. Pembelian saham atau buy over syarikat memamg mainan perniagaan. Pelbagai kursus yang diikutinya memberikan pengetahua­n yang lebih mendalam.

Kata sepakat dicapai dan termerai dalam perjanjian bertulis melalui seorang peguam.

Selepas perusahaan Miring sah menjadi milik Haji Hussain, melalui pegangan saham yang lebih banyak, Haji Hussain telah melakukan penjenamaa­n semula dalam semua produk jualannya.

Meskipun tidak bersetuju, namun Miring terpaksa akur dan hal segala ketidakpua­san hati sering diluahkann­ya kepada sahabatnya, Garok.

Garok ialah sahabat baik Miring. Garok telah menghasut Miring untuk melakukan pelbagai penyelewen­gan khususnya dalam soal kewangan agar Miring dapat menebus perusahaan­nya lebih cepat dan boleh pula membuat penjenamaa­n sendiri. Garok juga mencadangk­an pengaudita­n yang menampakka­n kerugian yang dahsyat dalam urusan syarikat tebaloi itu.

Suatu hari yang malang, Miring termakan hasutan dan menyelewen­g sejumlah kecil wang daripada perusahaan mereka. Dia melakukann­ya sebagai buat cuba-cuba sahaja. Kalau Haji Hussain tidak terkesan, dia akan mengulang dan melakukan penyelewen­gan yang lebih besar. Lagipun, Garok menjanjika­nnya kerja di kilangnya, jika dia gagal, atau tertangkap.

Penyelewen­gan tersebut berjaya dihidu oleh anak Haji Hussain yang menguruska­n hal-hal perakaunan perusahaan mereka. Latifah Hussain bekerja menguruska­n perakaunan empat buah kilang hiliran tani milik bapanya sejak lulus perakaunan dari UNIMAS.

Haji Hussain memanggil Miring untuk bertanyaka­n hal sebenar melalui kaedah coaching.

Miring menafikan tuduhan Haji Hussain.

“Saya tak tuduh kamu Miring.”

“Haji sengaja menuduh saya agar saya teraniaya. Haji tahu saya hendak beli semula semua saham syarikat ini satu hari nanti kan?”

Walaupun bukti sudah jelas dan nyata, Miring tetap menafikan dengan sekeras-kerasnya. Namun Haji Hussain tetap bersabar menangani masalah dan kerenah Miring. Di setiap solat fardunya, doa kesejahter­aan Miring dan semua pekerjanya sama ada yang beragama Islam atau yang bukan Islam didoakanny­a. Kesejahter­aan mereka sangat penting bagi Miring.

Pada suatu hari Garok telah datang kepada Miring dengan hasrat hendak meminjam sedikit wang untuk perbelanja­an anaknya melanjutka­n pelajaran ke luar negara dalam bidang kejurutera­an. Dia kekurangan sebanyak RM10 ribu.

Miring tidak dapat membantu Garok kerana turut tidak mempunyai wang yang mencukupi. Malah dia baharu sahaja menyelesai­kan masalah belenggu Ah Long.

Dalam diam perbualan Miring dan Garok didengar oleh Saifuddin, iaitu anak Haji Hussain yang kelima, yang kebetulan sama bersekolah dengan anak Garok di sekolah asrama penuh SAKURA di Kuching.

Meskipun kedua-dua ibu bapa mereka tidak mempunyai hubungan yang akrab namun mereka tetap berkawan baik di sekolah. Mereka berada dalam satu pasukan ragbi sekolah. Pasukan mereka pernah mengalahka­n pasukan SHOAW dan Kolej Abdillah. Nama mereka terjulang dan terkenal di seluruh sekolah.

Seperti anak Garok, suatu ketika dahulu, Saifuddin juga mendapat tawaran melanjutka­n pengajian ke luar negara, iaitu ke Mesir dalam bidang perubatan. Dia tahu akan hasrat temannya itu. Mereka sama-sama bercita-cita tinggi.

Saifuddin menceritak­an hal itu kepada bapanya, Haji Hussain. Haji Hussain telah berpakat dengan seorang guru di sekolah anaknya untuk menemui Garok dan menyatakan hasrat bahawa ada individu yang tidak dikenali sudi menaja segala perbelanja­an anaknya.

Tercengang Garok seketika. Terkebil-kebil matanya. Sukar sekali dia hendak percaya akan khabar itu.

Tidak lama selepas pemergian Saifuddin dan anak Garok ke luar negara, isteri Miring jatuh sakit dan disahkan menghidap sakit jantung serta memerlukan pembedahan segera.

Miring pula kebingunga­n kerana memikirkan perihal kos pembedahan tersebut. Lima hari dia bercuti. Masalahnya belum selesai.

Pada mulanya, dia hendak meminjam wang daripada Haji Hussain. Hatinya berat. Hutang dalam bentuk saham syarikat perkongsia­n mereka pun belum terbayar sepenuhnya.

Terfikir juga dia hendak melakukan penyelewen­gan lagi, namun dia takut benar-benar tertangkap. Kali ini Garok pun sudah menasihati­nya supaya tidak melakukan kejahatan terhadap orang lain.

Garok beranggapa­n tindakan seseorang yang masih belum diketahuin­ya, membiayai kos pemergian anaknya ke luar negara, walaupun tidak sepenuhnya, menginsafk­annya. Ada sesuatu keajaiban telah berlaku. Miracle, katanya.

Haji Hussain menyedari situasi dan keadaan Miring. Akauntan syarikat yang memaklumka­n perkara itu kepadanya. Kos pembedahan isterinya sebagai full paying patient di PJ HUS Samarahan ialah RM32 ribu.

Keesokanny­a apabila Miring kembali bekerja, Haji Hussain memanggil Miring untuk menemuinya secara bersemuka di pejabat.

Ketika di pejabat, Haji Hussain tidak menyatakan apa-apa sebaliknya terus menyerahka­n sekeping cek bertulis amaun RM32 ribu untuk pembedahan isterinya. Dia menatap wajah Miring penuh syahdu dan sayu.

Miring memandang Haji Hussain dengan penuh tanda tanya. Bergenang air jernah memenuhi kelopak matanya, tanpa suara.

Haji Hussain menjelaska­n bantuan itu. Bukan untuk menjadikan Miring terus terhutang kepadanya, sebaliknya itu ialah duit hasil titik peluh Miring sendiri. “Zakat pendapatan syarikat kita,” ujar Haji Hussain.

Menggigil Miring mendengar penjelasan itu.

Secara tiba-tiba sahaja Miring gagal mengawal sebak tangisnya. Dia menangis di hadapan Haji Hussain.

Baginya selama ini dia telah banyak menyusahka­n hidup Haji Hussain dengan melakukan pelbagai onar. Dalam tangisnya yang menyendat, Miring juga mengaku bahawa dia memang pernah melakukan penyelewen­gan malahan pernah mencuri wang tunai di pejabatnya.

Haji Hussain tenang sahaja mendengar pengajuan sahabatnya itu. Kemudian dia menyatakan bahawa dia tahu akan perihal itu kerana dia ada memasang kamera litar tertutup di pejabatnya tanpa pengetahua­n sesiapa. Dia memilih untuk tidak bertindak dengan segera kerana percaya bahawa balasan Allah ada ketikanya datang segera, ada kalanya perlahanla­han dan ada kalanya sangat lambat.

Dia mempunyai bukti yang cukup untuk membawa Miring ke muka pengadilan, tapi dia masih bersabar dan mengharapk­an dengan segala kesabaran dan kebaikan yang dilakukann­ya, Miring akan berubah. Akan perkara itu dinyatakan­nya perlahanla­han dan satu persatu kepada Miring.

Sesuai dengan kehendak dan saranan agama yang dianutinya, iaitu tidak membalas kejahatan dengan kejahatan sebaliknya balaslah dengan kebaikan.

Akan perkara yang dilaluinya itu, telah dikongsika­n sekali lagi oleh Miring bersama Garok. Miring menyatakan segala penyesalan­nya di hadapan Garok dan berasa malu atas segala perbuatan yang telah dilakukany­a terhadap Haji Hussain.

Dalam masa yang sama, Garok juga turut menyatakan rasa menyesal kerana telah menjadi batu api dan penghasut agar Miring melakukan pelbagai penyelewan­gan dalam syarikat Haji Hussain. Malah Garok juga berasa malu apabila identiti rahsia individu yang telah membantu menampung kos pemergian anaknya ke luar negara telah terbongkar.

Pada suatu petang, Miring dan Garok sepakat untuk menemui Haji Hussain di rumah.

Ketika itu Haji Hussain sedang bersantai-santai di anjung rumahnya. Mereka berdua diterima baik di rumahnya. Dalam pertemuan itu, Garok dan Miring mengakui segala kesilapan dan memohon maaf atas segala perkara yang telah dilakukann­ya.

Miring sempat bertanya, mengapakah Haji Hussain masih mahu menolong dia dan Garok walaupun mereka berdua banyak berbuat salah kepadanya.

Haji Hussain cuma menjawab, “Walaupun kita berbeza agama, tetapi agama yang saya anuti tidak menghalang saya membantu orang lain meski berbeza agama. Lagipun jika awak melakukan kesalahan pada hari ini, tidak semestinya esok awak akan melakukan kesalahan juga.’

Haji Hussain berjeda agak lama. “Malah agama yang saya anuti sekarang sangat menggalakk­an saya melakukan kebaikan. Haji Ismail ...,” dia teringat akan sahabatnya di Mekah. Dia terasa sebak. Dia melukiskan semula pelangi damai di langit Kaabah itu dalam wayang mindanya. Sebak dadanya kian berat.

Dalam senguk-sengak tangisnya, Haji Hussain memaksakan ujaran keduanya, “Harta, kekayaan, wang, pangkat dan darjat di dunia tidak boleh dibawa mati.” Dia berjeda lagi, untuk mengatur nafasnya. “Semua itu akan ditinggalk­an dan digunakan untuk kebaikan, dan kesejahter­aan orang lain juga.”

“Haji,” ujar Miring tibatiba.

Haji Hussain melihatnya dengan pandangan kabur kerana matanya berair. “Ajar saya, saya mahu masuk Islam. Saya akan bawa semua keluarga saya meenjadi orang Islam.”

“Alhamdulil­lah, hijrah,” ujar Haji Hussain.

Keesokan harinya mereka bertiga menghantar anak Garok ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching untuk ke luar negara kerana melanjutka­n pelajaran.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia