Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat diperluas

Akan dilaksana lebih kerap, kerajaan ambil berat keluhan rakyat

-

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat akan diteruskan dan diperluask­an seluruh negara bagi membantu mengurangk­an kos hidup rakyat.

Berucap secara ringkas ketika mengadakan lawatan ke Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat di Padang Awam Klebang Restu di sini semalam, Anwar berkata beliau mengambil berat keluhan rakyat yang harga barangan dan perkhidmat­an semakin meningkat.

“Kita telah mengambil pelbagai langkah berikutan kos sara hidup yang meningkat, walaupun jumlah STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kita naikkan, tetapi tidak cukup, kalau harga barang naik.

“Kita akan perbanyakk­an, kerapkan, perluaskan jualan murah terutama barangan keperluan ikan, ayam, beras dan sebagainya,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen

Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan menerusi Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) akan terus mencari ikhtiar bagi mencari penyelesai­an peningkata­n sara hidup sehingga ke akar umbi.

“Kos meningkat di pasaran mana-mana negara di dunia,

percayalah ia tidak mudah, tetapi kita ambil setiap keluhan dan akan terus cari jalan,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Perdana Menteri selepas itu mengadakan tinjauan di pasar raya Mydin di Meru Raya dan kaunter bergerak Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak bagi semakan penerima STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). — Bernama

Kos meningkat di pasaran manamana negara di dunia, percayalah ia tidak mudah, tetapi kita ambil setiap keluhan dan akan terus cari jalan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Anwar beramah mesra bersama salah seorang penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ketika hadir pada program tersebut di Mydin Meru Raya, Ipoh semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Anwar beramah mesra bersama salah seorang penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ketika hadir pada program tersebut di Mydin Meru Raya, Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia