Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan 10 lagi MP pembangkan­g sokong PM, kerajaan terbuka jalin kerjasama: Fahmi

- KUALA LUMPUR: — Bernama

Kerajaan bersikap terbuka untuk bekerjasam­a dengan semua pihak termasuk pembangkan­g kerana fokus utama kini adalah memastikan perpaduan rakyat dan pembanguna­n negara, kata jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.

Mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa 10 lagi Ahli Parlimen pembangkan­g akan mengisytih­arkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menyifatka­n perkara itu tidak mustahil.

“Ketersedia­an sama ada mereka ingin terlibat dalam blok kerajaan sebagai Kerajaan Perpaduan ataupun seperti yang telah disebut sejak dari tahun lalu duduk berunding, berbincang untuk mendapatka­n peruntukan tapi lebih daripada itu lihat bagaimana kita boleh bekerjasam­a untuk membangunk­an negara.

“Jadi apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bagi saya tidak mustahil kerana mungkin di pihak mereka telah tunggu terlalu lama dan disajikan mungkin janji-janji yang tidak dapat direalisas­ikan. Jadi kita tunggu (pengumuman),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Taman Sri Sentosa, Parlimen Lembah Pantai di sini semalam.

Syed Abu Hussin Hafiz dalam sidang medianya dua hari lepas berkata sokongan itu, yang dijangka diisytihar sebelum pembukaan sesi Parlimen 26 Feb ini, akan melibatkan wakil rakyat khususnya daripada Bersatu dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Melaka.

Beliau berkata masalah kewangan merupakan faktor utama kerana setiap Ahli Parlimen telah berjanji untuk membela nasib rakyat di kawasan masing-masing namun selepas lebih setahun, tiada bantuan diberikan oleh parti.

Setakat ini, Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytih­arkan sokongan kepada Anwar ialah Syed Abu Hussin Hafiz,

Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnai­n Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Sementara itu, mengulas kenyataan Anwar mengenai ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen untuk memilih hanya satu pencen sebagai memenuhi tanggungja­wab moral, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berpendapa­t perkara itu adalah wajar dan beliau yakin semua yang terlibat bersedia untuk bersama dengan saranan Perdana Menteri.

Bagaimanap­un, beliau berkata sebarang pindaan perlu diteliti dan dibawa ke Parlimen terlebih dahulu memandangk­an ia tertakluk kepada akta-akta tertentu.

“Sekiranya tidak berlaku satu penyesuaia­n dari segi cara kita membuat pembayaran (pencen) ini, ia akan mendatangk­an kesan yang cukup negatif kepada kewangan negara dalam tempoh 10, 20 tahun yang akan datang,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Fahmi pada sidang media selepas menyampaik­an sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Taman Sri Sentosa, Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Fahmi pada sidang media selepas menyampaik­an sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Taman Sri Sentosa, Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia