Utusan Borneo (Sarawak)

Silat di Masjid Nabawi: Jemaah dinasihat betulkan niat ketika ke Tanah Suci

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihati individu atau jemaah supaya membetulka­n niat ketika mengunjung­i Tanah Suci dengan niat semata-mata untuk beribadah.

Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaska­n ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.

“Sebab itu, saya kata bila niat untuk tujuan ibadah, saya bimbang kalau ada niat yang lain, nak buat pertunjuka­n silat dan sebagainya, ia akan ‘ganggu’ kita daripada niat asal untuk melakukan ibadah. Ia dibimbangi menjejaska­n nama baik negara.

“Nasihat saya kepada mereka yang nak kunjungi atau ziarah ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, perbetulka­n niat masingmasi­ng, kita tumpukan ibadah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan pelepasan peserta acara larian sempena program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Run 2024-Powered by Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu video tular membabitka­n seorang lelaki bersama dua kanak-kanak lelaki bersilat di hadapan Masjid Nabawi dengan lengkap berpakaian tradisi Melayu.

Perbuatan berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang mengatakan sebagai tidak wajar dan tidak beradab selain menjejaska­n nama Malaysia.

Mohd Na’im bagaimanap­un berkata beliau tidak melihat kejadian itu boleh menjejaska­n jumlah kuota haji yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini adalah sebanyak 31,600 orang jemaah.

Mengenai proses pemutihan bantuan zakat bulanan, Mohd Na’im berkata data MAIWP sedia ada akan diintegras­ikan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi memastikan bantuan hanya disalurkan kepada individu layak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Dr Mohd Na’im (kanan) turut sama menyertai bersama warga OKU pada Majlis Pelepasan Larian MAIWP RUN 2024 di Dataran Wawasan Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Dr Mohd Na’im (kanan) turut sama menyertai bersama warga OKU pada Majlis Pelepasan Larian MAIWP RUN 2024 di Dataran Wawasan Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia