Utusan Borneo (Sarawak)

Dua warga Ukraine maut dalam serbuan rentas sempadan

- — AFP

KIEV: Dua orang telah ditembak mati di sebuah kampung sempadan Ukraine pagi kelmarin susulan penceroboh­an merentasi sempadan oleh sebuah kumpulan peninjau dan sabotaj Rusia, menurut pegawai tempatan.

Serangan berlaku di wilayah Sumy di Ukraine dalam zon penampan lima kilometer di sepanjang sempadan dengan Rusia, sebuah kawasan di mana Kiev telah meminta pendudukny­a agar berpindah.

“Pada pagi ini, sebuah kumpulan peninjau dan sabotaj musuh telah menembak dengan kejam seorang lelaki dan adik perempuann­ya,” menurut pihak pentadbura­n wilayah Sumy dalam satu kenyataan.

Insiden berlaku di kampung Andriivka, empat kilometer dari sempadan dengan wilayah Kursk di barat Rusia, tambahnya.

Walaupun tidak kerap, serangan dan penceroboh­an merentasi sempadan sebegitu oleh pejuang seperti gerila telah direkodkan sepanjang peperangan selama hampir dua tahun itu.

Pihak berkuasa Rusia turut menuduh kumpulan Ukraine mendalangi serbuan bersenjata ke atas pekan dan kampung di bahagianny­a di sempadan, serta membunuh warga awam.

Pihak berkuasa Ukraine kelmarin mengulangi permintaan mereka kepada penduduk agar meninggalk­an kawasan sempadan itu.

“Pengganas Rusia terus membunuh warga awam.

“Dengan berpindah dari kawasan yang berbahaya ini, anda akan dapat menyelamat­kan nyawa,” kata Gabenor Sumy Volodymyr Artyukh.

Sekurang-kurangnya tiga orang awam telah terkorban dalam serangan Rusia di timur dan selatan, menurut pihak berkuasa tempatan kelmarin.

Di Beryslav yang terletak di sungai Dnipro di selatan wilayah Kherson, bahan letupan dijatuhkan dari dron membunuh seorang penduduk, menurut gabenor.

Dua orang terbunuh dalam bedilan artileri Rusia di timur wilayah Donetsk, menurut ketua polis Ukraine dalam satu kenyataan.

Setakat ini tiada komen dari Moscow yang beberapa kali menafikan menyasari orang awam di sebalik bukti serangan ke atas kawasan kediaman dan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu menyatakan sekurang-kurangnya 10,000 orang awam telah terkorban sejak Rusia menceroboh.

Moscow mengakui telah mengambil balik keduadua wilayah Kherson dan Donetsk, walaupun pasukan tenteranya tidak memiliki kawalan penuh ke atas kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia