Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang bunuh sembilan warga asing di sempadan Iran-Pakistan

-

Penyerang bersenjata di tenggara Iran berhampira­n sempadan dengan Pakistan telah membunuh sembilan rakyat asing kelmarin, lapor media Iran, lebih seminggu selepas negara berjiran itu berbalas tembakan maut merentasi sempadan.

Menurut beberapa orang saksi, pagi ini lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah membunuh sembilan orang bukan rakyat Iran di dalam sebuah rumah di kawasan kejiranan Sirkan di bandar Saravan di wilayah Sistan-Baluchista­n, lapor agensi berita Mehr.

Setakat ini, tiada kumpulan atau individu yang mengaku bertanggun­gjawab, tambah agensi berkenaan.

Sistan-Baluchista­n salah satu wilayah Sunnah di Iran yang didominasi Syiah.

Ia telah melihat keganasan berterusan melibatkan kumpulan penyeludup dadah merentasi sempadan dan pemberonta­k etnik minoriti Baluch serta kumpulan pelampau.

Pada 18 Januari, Pakistan melancarka­n serangan udara terhadap sasaran militan di

Iran, dua hari selepas Iran melancarka­n serangan ke atas wilayahnya.

Tehran menyatakan ia menyasari Jaish al-Adl, kumpulan pelampau yang telah melancarka­n beberapa serangan ganas di Iran sejak beberapa bulan lepas.

Ditubuhkan pada 2012, kumpulan itu disenarai hitam Iran sebagai organisasi pengganas.

Serangan Iran, yang menurut Pakistan telah membunuh sekurang-kurangnya dua kanak-kanak, mendapat teguran tajam Islamabad, yang memanggil pulang dutanya dari Teheran dan menyekat utusan Iran kembali ke Islamabad.

Teheran memanggil pulang pegawainya di Islamabad susulan serangan Pakistan yang mengakibat­kan sekurangku­rangnya sembilan orang terkorban.

Bagaimanap­un, kedua-dua negara itu mengumumka­n minggu lepas bahawa mereka meneruskan misi diplomatik dengan dua duta dikembalik­an kepada jawatan mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia