Utusan Borneo (Sarawak)

Maui sahkan mangsa ke-100 kebakaran hutan

-

Mangsa ke-100 telah dikenal pasti susulan kebakaran hutan yang menjejaska­n pulau Maui di Hawaii sepanjang musim panas lalu, menurut pihak polis pada Jumaat.

Lydia Coloma, 70, pada awalnya disenaraik­an dalam kumpulan orang hilang yang kemudian menyusut kepada hanya beberapa orang.

Kebakaran pada 8 Ogos lalu memusnahka­n sebahagian besar bandar Lahaina, bandar lama kerajaan negeri Hawaii.

Antara serpihan rentung dan bangunan yang telah menjadi debu, pencarian dan pengenalpa­stian rangka manusia adalah sukar, sering kali memerlukan sampel DNA daripada ahli keluarga yang masih hidup bagi yang disenaraik­an sebagai hilang.

Angka kematian akibat kebakaran berubah-ubah, meningkat melebihi 100 dan kemudian menurun kepada 97 pada September.

Namun bagi penduduk yang telah meninggal dunia akibat kecederaan dan mayat-mayat baharu telah ditemui, angka tersebut sekali lagi mencecah penanda yang mengejutka­n bagi 100 orang.

Kebakaran hutan itu merupakan yang paling teruk dilihat di Amerika Syarikat sejak lebih seabad.

Respons pihak berkuasa, yang dalam siasatan, dikritik teruk terutama ketika siren amaran tidak dibunyikan bagi memaklumka­n penduduk.

Kebakaran yang dimarakkan angin kuat, bergerak dengan pantas di mana ramai penduduk terperangk­ap tanpa sedar dan hanya mengetahui tentang kebakaran itu ketika melihatnya sendiri.

Ada di antara mereka meninggalk­an kereta ketika cuba untuk meninggalk­an pekan tersebut dan mendapatka­n perlindung­an di pantai, di mana mereka menunggu selama berjam-jam ketika rumah mereka terbakar.

Kerajaan daerah Maui sedang menyaman syarikat bekalan elektrik Hawaii atas alasan kemusnahan lebih besar mungkin dapat dielakkan sekiranya bekalan elektrik ditutup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia