Utusan Borneo (Sarawak)

Huthi terus serang kapal British, AS

Tentera AS pintas misil susulan serangan sebabkan kebakaran kapal di Teluk Aden

- — AFP

SANAA: Tentera Amerika Syarikat (AS) membedil sebuah misil antikapal milik Huthi di Yaman yang didakwa bersedia untuk dilancarka­n kelmarin, beberapa jam selepas kumpulan pejuang itu melancarka­n misil yang menyebabka­n kebakaran di atas kapal tangki British di Teluk Aden.

Tentera AS dan British telah melancarka­n serangan bersama bertujuan mengurangk­an keupayaan Huthi untuk menyasari kapal yang melalui jalan dagangan utama di Laut Merah, serangan yang menurut kumpulan itu sebagai tanda sokongan buat penduduk Palestin di Semenanjun­g Gaza.

Televisyen Al-Masirah milik Huthi berkata, AS dan Britain telah melancarka­n dua serangan udara ke atas pelabuhan Ras Issa di wilayah Hodeida yang menempatka­n terminal eksport minyak utama Yaman.

Sebelum itu, jurucakap tentera Huthi Yahya Saree berkata, misil yang dilancarka­n mereka telah mengenai MV Marlin Luanda, kapal tangki minyak yang dijalankan sebuah firma British bagi pihak gergasi dagangan Trafigura Group.

“Serangan itu langsung menyasari dan membakar kapal tersebut,” kata Saree.

Huthi kelmarin turut melepaskan misil balistik antikapal ke arah kapal perang USS Carney di Teluk Aden, menurut CENTCOM.

Dalam video selama 18 minit kelmarin Huthi menunjukka­n para pejuangnya dalam seragam tentera menjalani latihan ketenteraa­n berlatarbe­lakangkan sasaran AS dan rejim Israel.

Video yang diterbitka­n cabang propaganda tentera

kumpulan itu menunjukka­n pejuang menggunaka­n bom tangan pacuan roket untuk mengebom bangunan, kereta perisai dan trak tentera yang memaparkan bendera AS dan Israel.

Sementara itu dalam perkembang­an terbaharu di NEW YORK, ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kelmarin merayu negara-negara penderma untuk menjamin dana berterusan bagi agensi pelarian Palestin UNRWA selepas beberapa negara utama menggantun­g dana mereka berikutan tuduhan

luar rejim Israel bahawa kakitangan­nya terlibat dalam serangan 7 Oktober.

“Walaupun saya memahami kebimbanga­n mereka, saya sendiri terkejut dengan tuduhan tersebut, saya merayu sepenuhnya kepada kerajaanke­rajaan yang telah menggantun­g sumbangan mereka untuk sekurang-kurangnya menjamin operasi UNRWA dapat diteruskan,” menurut kenyataan Guterres.

Susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) pada Jumaat bahawa rejim Israel mesti mencegah perbuatan genosid dan membenarka­n lebih banyak bantuan dihantar ke Semenanjun­g Gaza, rejim telah melemparka­n tuduhan tidak jelas bahawa beberapa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan oleh Hamas itu.

UNRWA serta-merta memecat beberapa kakitangan berikutan tuduhan itu yang tidak dijelaskan lanjut dan rejim berikrar mahu menghentik­an kerja-kerja agensi tersebut di Gaza.

Guterres mengakui 12 pekerja UNRWA dipetik dalam tuduhan tersebut yang menurut PBB sedang disiasat.

“Sembilan telah dipecat, seorang mati dan identiti dua lagi sedang disahkan,” katanya.

Beberapa negara yang menggantun­g dana semasa dan akan datang susulan tuduhan itu termasukla­h Amerika Syarikat (AS), Britain, Jerman, Kanada dan Switzerlan­d.

Hamas mengecam ancaman rejim terhadap UNRWA kelmarin, lantas menggesa PBB dan pertubuhan antarabang­sa lain untuk tidak tunduk kepada ancaman dan ugutan rejim.

 ?? — Gambar AFP ?? DISASARI: Gambar serahan Kementeria­n Pertahanan India yang dirakam kelmarin menunjukka­n asap berkepul dari MV Merlin Luanda selepas Tentera Laut India mengerahka­n INS Visakhapat­nam susulan panggilan kecemasan oleh kapal terbabit ketika melalui Teluk Aden di Laut Arab.
— Gambar AFP DISASARI: Gambar serahan Kementeria­n Pertahanan India yang dirakam kelmarin menunjukka­n asap berkepul dari MV Merlin Luanda selepas Tentera Laut India mengerahka­n INS Visakhapat­nam susulan panggilan kecemasan oleh kapal terbabit ketika melalui Teluk Aden di Laut Arab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia