Utusan Borneo (Sarawak)

‘Icon’, kapal persiaran terbesar di dunia, mula belayar

-

WASHINGTON: ‘Icon of the Seas’ milik Royal Caribbean yang merupakan kapal persiaran terbesar di dunia, mula belayar dari Miami kelmarin dalam perjalanan sulungnya yang membawa penumpang menyamai populasi sebuah bandar kecil.

Kapal yang dibina dalam tempoh 900 hari di sebuah limbungan di Turku, Finland merupakan tugu gergasi yang lebih panjang daripada ketinggian Menara Eiffel di Paris, dengan 20 dek dan bilik untuk lebih 5,600 penumpang dan 2,350 kru.

Ia mampu menampung kapasiti maksimum 7,600 penumpang.

Kapal gergasi yang didaftarka­n di Bahamas itu mempunyai tujuh kolam renang termasuk sebuah ‘tasik’ seluas lebih 150,000 liter, enam gelongsor air, sebuah karusel, area ais yang menurut Royal Caribbean terbesar di dunia, dan lebih 40 bar dan restoran.

Juga terdapat 50 ahli muzik dan pelawak serta orkestra 16 pemuzik.

Icon yang bernilai AS$2 bilion itu bagaimanap­un hanya yang pertama dalam siri kapal baharu Kelas Kuantum milik Royal Caribbean, dipenuhi dengan teknologi terkini dan didakwa lebih mesra alam berbanding kapal persiaran lebih kecil.

Menurut pemiliknya, Icon dijana gas asli cecair dan memaparkan sistem pirolisis yang dibantu gelombang mikro untuk menukar sisa kepada gas yang menjana tenaga, serta sistem osmosis berbalik bagi menyediaka­n air bersih yang diperlukan.

Icon dinobatkan penuh gaya seminggu lalu dengan bintang bola sepak global Lionel Messi menekan butang bagi melancarka­n sebotol champagne ke arah haluan kapal.

Selepas meninggalk­an Miami kelmarin bagi pelayaran pertama yang laris terjual, Icon akan belayar selama seminggu di Caribbean sebelum pulang.

Sepanjang 365 meter, Icon akan mengambil gelaran kapal terbesar di dunia daripada Wonder of the Seas, yang juga milik Royal Caribbean.

 ?? — Gambar AFP ?? MENGAGUMKA­N: Icon of the Seas memulakan pelayaran sulung selama seminggu dari Pelabuhan Miami, Florida kelmarin.
— Gambar AFP MENGAGUMKA­N: Icon of the Seas memulakan pelayaran sulung selama seminggu dari Pelabuhan Miami, Florida kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia