Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1 Perancis: Monaco rantai Marseille 2-2

-

Monaco menyaksika­n dua pemainnya dibuang padang tetapi berjaya bertahan untuk keputusan seri 2-2 di Marseille dalam aksi Ligue 1 Perancis yang ditonton lebih 63,000 penonton di Stade Velodrome pada Sabtu.

Keputusan itu menyebabka­n Monaco di tangga ketiga dan Marseille, yang dibimbing Gennaro Gattuso di tangga kelima dalam pertemuan menarik di antara dua pasukan dari pantai selatan.

Marseille kekal belum tewas di tempat sendiri musim ini tetapi penyerang Monaco, Wissam Ben Yedder meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ketujuh.

Tetapi gol Ben Yedder dari hujung kotak penalti itu disusuli dengan kad merah kepada rakan sepasukann­ya, Guillermo Maripan kerana mengasari Vitinha pada minit ke-10.

Pierre-Emerick Aubameyang mengikat kedudukan buat Marseille pada minit ke-39, dengan pengadil pada awalnya tidak membenarka­n jaringan itu kerana ofsaid tetapi panel video bantuan pengadil (VAR) menolak keputusan itu dan mengesahka­n jaringan.

Tidak lama sebelum rehat, Monaco kembali di hadapan apabila Ben Yedder mengumpan bola kepada Maghnes Akliouche untuk melakukan satu penyudah dari satu serangan pantas.

Marseille bangkit selepas rehat dan Leonardo Balerdi berjaya menjadikan kedudukan 2-2 dengan satu rembatan dari jarak jauh.

Monaco hilang seorang lagi pemain apabila Denis Zakaria dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan tetapi mereka berjaya mempertaha­nkan kedudukan sehingga ke wisel penamat.

Pada perlawanan lain, Nice menewaskan Metz 1-0 untuk naik ke tangga kedua liga. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Penyerang Marseille Pierre-Emerick Aubameyang (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Monaco Mohammed Salisu pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Marseille dan Monaco di stadium Velodrome di Marseille, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Penyerang Marseille Pierre-Emerick Aubameyang (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Monaco Mohammed Salisu pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Marseille dan Monaco di stadium Velodrome di Marseille, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia