Utusan Borneo (Sarawak)

Keajaiban masih wujud buat Maidstone

Mengatasi Ipswich 2-1, sementara Everton tersingkir setelah tewas 1-2 dengan Luton

-

LIVERPOOL: Pengurus kelab Maidstone, George Elokobi berkata “keajaiban Piala FA Inggeris masih wujud” selepas kelab dari divisyen enam hierarki bola sepak Inggeris itu menewaskan kelab Liga Kejuaraan (divisyen dua), Ipswich Town 2-1 sementara Luton Town menjaringk­an gol pada minit akhir untuk menyingkir­kan Everton dari kejohanan pada perlawanan pusingan keempat pada Sabtu.

Ipswich berada 98 anak tangga dan empat divisyen di hadapan Maidstone tetapi pengurusny­a, Kieran McKenna pasti berasa bersalah selepas melakukan 10 pertukaran dalam kesebelasa­n utama.

Dua gol Maidstone selayaknya memenangi manamana pertanding­an piala apabila Lamar Reynolds melakukan tendangan lambung cantik melepasi Christian Walton ketika pemain Maidstone melancarka­n serangan pantas selepas tendangan sudut Ipswich sebelum rehat.

Jeremy Sarmiento kelihatan mengimbang­i semula permainan apabila mengikat kedudukan buat Ipswich pada minit ke-56.

Bagaimanap­un, dalam satu lagi cerita rakyat menarik, Reynolds mengumpan bola kepada Sam Corne untuk menjaringk­an gol kemenangan ketika berbaki 24 minit permainan.

“Pemain kami memberikan segala-galanya dalam padang dan itulah apa yang kami katakan, ‘jangan tinggal apaapa dalam bilik persalinan,” kata Elokobi, bekas pemain pertahanan kelab Wolves.

“Ini mengikat kami selama-lamanya, apa yang dicapai oleh pemain ketika ini. Apa yang pemain kami capai sekarang tidak pernah dilakukan dalam 100 tahun. Keajaiban Piala FA masih wujud.”

Keutamaan Everton dan

Luton Town ialah terus kekal dalam Liga Perdana Inggeris tetapi Luton menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-96 untuk mengelak perlawanan ulangan yang pasti menambah beban dalam saingan mengelak penyingkir­an.

Gol sendiri Vitaliy Mykolenko memberikan Luton pendahulua­n 1-0 pada masa rehat tetapi gol itu berjaya diikat apabila penjaga gol gantian Luton, Tim Krul, gagal menangkap kemas rembatan Jack Harrison untuk kedudukan 1-1.

Perlawanan tegang itu kelihatan akan berakhir dengan keputusan seri sebelum Cauley

Woodrow menjaringk­an gol kemenangan pada minit akhir.

Pada perlawanan lain, Joao Pedro menjaringk­an hatrik termasuk dua penalti ketika Brighton menewaskan Sheffield United 5-2 di Bramall Lane.

Gol cantik Facundo Buonanotte dan penalti pertama Pedro meletakkan Brighton 2-0 di hadapan.

Tetapi pasukan yang melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan musim lepas itu hilang fokus dan bolos dua gol menerusi jaringan Gustavo Hamer dan William Osula untuk kedudukan 2-2.

Satu lagi penalti oleh Pedro meletakkan Brighton kembali di hadapan sebelum dia melengkapk­an hatrik dan gol Danny Welbeck melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan.

Newcastle United, yang kali terakhir memenangi Piala

FA 69 tahun yang lalu, juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan­Fulham 2-0 menerusi gol Sean Longstaff dan Dan Burn.

Ia adalah penyingkir­an kedua Fulham dalam pertanding­an piala selepas tewas kepada Liverpool dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris pada Rabu.

Pendahulu Liga Kejuaraan, Leicester City menewaskan

Birmingham 3-0 sementara Leeds United dan Plymouth adalah antara empat perlawanan yang perlu diulang semula selepas seri 1-1 di Elland Road.

Juara bertahan, Manchester City meneruskan kemaraan selepas menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 pada Jumaat. — AFP

“Pemain kami memberikan segalagala­nya dalam padang dan itulah apa yang kami katakan, ‘jangan tinggal apaapa ” dalam bilik persalinan. George Elokobi Bekas Pemain Pertahanan Kelab Wolves

 ?? — Gambar AFP ?? UNTUK KENANGAN: Para pemain Maidstone mengabadik­an kenangan sejurus tamat perlawanan Piala FA pusingan keempat menentang Ipswich di Portman Road, Ipswich, kelmarin.
— Gambar AFP UNTUK KENANGAN: Para pemain Maidstone mengabadik­an kenangan sejurus tamat perlawanan Piala FA pusingan keempat menentang Ipswich di Portman Road, Ipswich, kelmarin.
 ?? ?? ELOKOBI
ELOKOBI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia