Utusan Borneo (Sarawak)

Perenang Kelab Top Speed Aquatic pecahkan lima rekod

-

Perenang Kelab Top Speed Aquatic memecahkan lima rekod dalam Pertanding­an Renang Kumpulan Umur Miri Ke-23 yang diadakan hujung minggu lalu di kolam renang Kelab Naim di Southlake, Permyjaya di sini.

Ethren Ethanael Lim Churn memecahkan rekod 18 tahun yang dipegang Fong Kwang Soon pada 2005 dengan catatan masa 1:12 saat (s) selepas memperbaha­rui dengan catatan masa terbaru, 1:11s dalam acara 100M Kuak Lentang Lelaki Kumpulan

Umur 11-15.

Beliau turut memecahkan rekod tahun lalu yang dicipta oleh Bong Rui Jie dengan catatan masa 33.16s dalam acara 50M Kuak Lentang Lelaki Kumpulan 13-14, dengan catatan masa terbaharu 31.85s.

Manakala dalam kategori Perempuan, Liyasha Liong Celestine Baru memecahkan rekod selama 24 tahun yang dipegang oleh Kho Ai Hwee sejak 1999.

Lisyha mencatat masa 1:17s dalam acara 100M Kuak Lentang

Perempuan Kumpulan Umur 11-12 Tahun.

Claire Lau Yu Rong, memecahkan rekod peribadiny­a yang dicatatnya tahun lalu pada catatan masa 1:03.92s; dengan rekod baharu 55 mili saat lebih awal dengan rekod baharu 1:03.37s dalam acara 100M Gaya Bebas Perempuan Kumpulan Umur 13-14 Tahun.

Top Speed Aquatic turut berbangga kerana pasukan renang berganti-ganti mereka, turut memecahkan rekod 2013 yang diciptakan oleh

Persatuan Renang Amatur Miri (MASA).

Pasukan yang terdiri daripada Claire, Liysha, Crystal Kong Rui Xin dan Yuen En Chee mencatat masa 12.88s lepas pantas daripada catatan masa rekod tahun lalu, 4:45.25s (yang dipegang oleh MASA).

Secara keseluruha­nnya, Kelab Top Speed Aquatic mempamerka­n saingan yang berjaya membuahkan hasil selepas meraih 61 pingat emas, 41 perak dan 31 gangsa.

 ?? ?? TERBAIK: Para perenang pasukan Kelab Top Speed Aquatic yang mencipta lima rekod baharu tahun ini.
TERBAIK: Para perenang pasukan Kelab Top Speed Aquatic yang mencipta lima rekod baharu tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia