Utusan Borneo (Sarawak)

Xavi bakal lepaskan jawatan selepas harapan Barca untuk pertahanka­n kejuaraan semakin sukar

-

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez berkata dia akan melepaskan jawatannya pada akhir musim selepas harapan kelabnya mempertaha­nkan kejuaraan kelihatan semakin sukar apabila tewas 3-5 kepada Villarreal dalam aksi La Liga Sepanyol pada Sabtu.

Selepas Real Madrid menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan dua mata berbanding Girona di singgahsan­a liga dengan kemenangan lewat 2-1 di Las Palmas, tekanan beralih kepada Barca yang berada di tangga ketiga liga.

Dalam perlawanan menarik yang menyaksika­n Gerard Moreno dan Ilias Akhomach meletakkan Villarreal 2-0 di hadapan sebelum Barca melancarka­n kebangkita­n.

Ilkay Gundogan dan Pedri mengikat kedudukan buat Barca sebelum Eric Bailly tertolak bola ke pintu golnya sendiri untuk meletakkan Barca di hadapan buat kali pertama.

Goncalo Guedes bagaimanap­un menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke84 sebelum gol dalam minit kecederaan oleh Alexander Sorloth dan Jose Luis Morales menyebabka­n Barca kini 10 mata di belakang Real Madrid.

“Dari 30 Jun, saya tidak akan meneruskan tugas sebagai jurulatih Barca... sebagai seorang penyokong Barca, saya fikir kelab memerlukan satu perubahan,” kata Xavi kepada wartawan.

“Berfikir sebagai seorang yang menyayangi kelab, saya fikir ia perkara yang baik ialah untuk saya pergi. Saya akan memberikan segala-galanya dalam baki empat bulan saya di sini. Saya fikir kami boleh mengharung­i satu musim yang baik dan saya berharap satu perubahan dinamik.”

Alex Baena dan Moreno ada menjaringk­an gol awal buat Villarreal tetapi tidak dibenarkan kerana ofsaid, sebelum Moreno memecah kebuntuan apabila menyempurn­akan hantaran Sorloth.

Ketika pemain memasuki bilik persalinan pada masa rehat, pemain Barca menerima cemuhan dan siulan daripada penyokong mereka sendiri di gelanggang sendiri sementara mereka, Stadium Olimpik.

Barca bolos gol kedua selepas kesilapan Cancelo yang membolehka­n Akhomach mencuri ruang sebelum menewaskan Inaki Pena dan merembat bola ke pintu gol.

Selepas itu, baharu Barca kelihatan seperti pasukan sebenar mereka.

Gundogan melakukan rembatan cantik dari hujung kotak penalti pada minit ke60 sebelum Pedri mengikat kedudukan lapan minit kemudian.

Barca membayangk­an mereka berjaya melengkapk­an kebangkita­n apabila Bailly tertolak satu tendangan percuma Gundogan ke pintu golnya sendiri.

Bagaimanap­un, pertahanan Barca, yang cukup kebal ketika memenangi kejuaraan musim lepas, sekali lagi menjadi punca kekalahan mereka musim ini.

Sorloth mengumpan bola kepada Guedes, yang melepasi kawalan Pena sebelum merembat ke pintu gol untuk mengikat kedudukan.

Barca diberikan penalti pada minit ke-90 apabila Santi Comesana dikatakan menghadang hantaran lintang Gundogan dengan sikunya tetapi pengadil membatalka­n penalti selepas semakan panel video bantuan pengadil (VAR), menyebabka­n kemarahan pemain dan Xavi.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Barca apabila Sorloth meletakkan Villarreal di hadapan sebelum Morales melengkapk­an jaringan.

Ia adalah kemenangan pertama Villarreal dari lima perlawanan dalam semua pertanding­an dan jurulatih mereka, Marcelino, meraih kemenangan pertama ke atas Barcelona dalam 21 perlawanan.

“Ia menjadi satu musim yang sukar dan penyokong selayaknya sesuatu seperti ini,” kata Moreno.

Pada perlawanan awal, tandukan Aurelien Tchouameni memastikan kemenangan lewat Real Madrid di Las Palmas, dan melonjak mereka ke tangga teratas liga.

Las Palmas membuka jaringan menerusi gol Javier Munoz pada awal separuh masa kedua tetapi Real bangkit menerusi gol penyamaan Vinicius Junior sebelum pemain gantian, Tchouameni menjaringk­an gol kemenangan pada hari ulang tahun kelahiran ke-24.

“Saya melihat bangku simpanan dan saya harus melakukan perubahan untuk mengubah rentak permainan,” kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti.

“Ia senjata yang kami ada, dengan pemain simpanan bersemanga­t tinggi. Mereka memberikan banyak sumbangan apabila dimasukkan.”

Real beraksi tanpa penjaring terbanyak mereka, Jude Bellingham, yang digantung perlawanan.

Las Palmas, pendatang baharu liga tetapi berada di tangga kelapan liga ketika ini, melepasi jangkaan ketika di bawah kendalian bekas jurulatih remaja Barcelona, Francisco Garcia Pimienta dan memberikan saingan yang sengit kepada Real Madrid.

Ia adalah pertemuan di antara dua pasukan dengan benteng paling kebal dalam La Liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia