Utusan Borneo (Sarawak)

Fokus melahirkan atlet-atlet silat

Seni silat seharusnya diberi tumpuan agar dapat dikembangk­an hingga ke persada dunia, kata Fadillah

- Oleh Marlinda Mardzuki

Maka itu, seni silat ini harus diberi tumpuan agar dapat dikembangk­an hingga ke persada dunia.

KUCHING: Sarawak perlu fokus untuk melahirkan atlet-atlet silat yang boleh menjadi kebanggaan negeri sekali gus mengharumk­an nama negara.

Dato Sri Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri

TimbalanPe­rdanaMente­ri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata silat Melayu Sarawak bukan sahaja mengenai seni mempertaha­n diri tetapi boleh menjadi kebanggaan dalam dunia sukan.

“Maka itu, seni silat ini harus diberi tumpuan agar dapat dikembangk­an hingga ke persada dunia.

“Kalau negara Thailand terkenal dengan seni muaythai malah berjaya merangkul banyak gelaran juara pada Kejohanan Pertarunga­n Unggul (UFC).

“Justeru, mungkin seni silat kita boleh juga dibawa ke UFC untuk menunjukka­n teknik tersebut boleh menjadi kebanggaan di sudut dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Gelanggang AlQamar Marapati dan Pengisytih­aran Pemakaian Tanjak Serinding Awan Pertubuhan Seni Silat Sendeng Sarawak (PSSSS) di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di sini, semalam.

Fadillah yakin dengan usaha seumpama itu dapat mengekalka­n budaya kesenian dan tradisi rakyat Melayu.

Pada masa katanya, membolehka­n negeri dan negara melahirkan juara silat kalangan anak-anak muda.

“Kita maklum seni silat di Sarawak merupakan budaya orang Melayu turun-temurun bukan sahaja dalam konteks seni mempertaha­nkan diri tetapi juga secara umum.

“Jadi, ketengahka­n keunikan seni Melayu ini agar identiti kita tidak hilang ditelan arus zaman,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman, Penaung PSSSS Datuk Dr Sanib Said dan tetamu lain.

 ?? ?? RASMI: Fadillah melakukan perasmian Gelanggang Al-Qamar Marapati dan Pengisytih­aran Pemakaian Tanjak Serinding Awan PSSS di Kuching kelmarin.
RASMI: Fadillah melakukan perasmian Gelanggang Al-Qamar Marapati dan Pengisytih­aran Pemakaian Tanjak Serinding Awan PSSS di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia