Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airport sumbang barangan kelengkapa­n persekolah­an kepada 150 murid

-

Malaysia Airport menerusi program tanggungja­wab korporatny­a MYAirportC­ARES Ceria Kembali ke Sekolah semalam menyumbang barangan kelengkapa­n persekolah­an kepada 150 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tabuan Jaya Kuching.

Sumbangan berjumlah hampir RM90,000 itu diagihkan kepada murid tahun satu hingga tahun enam sekolah terbabit sempena pembukaan semula musim persekolah­an yang akan bermula pada Mac nanti.

Di samping menerima barangan kelengkapa­n persekolah­an bernilai RM300 setiap seorang, murid juga diberikan kad pintar tanpa tunai bernilai RM300 (setiap seorang) untuk pembelian buku dan makanan di kantin sekolah.

Sesi penyerahan kad pintar tersebut disempurna­kan oleh Pengerusi Malaysia Airports Tan Sri Datuk Zainun Ali di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, semalam sebaik sahaja muridmurid terbabit selesai membelibel­ah barangan kelengkapa­n sekolah masing-masing.

Ia turut dihadiri pihak pengurusan Malaysia Airports serta sukarelawa­n yang terdiri daripada kakitangan Malaysia Airports di Kuching serta guru dan murid terpilih.

Penerima-penerima sumbangan ini dipilih berdasarka­n beberapa kriteria ditetapkan Malaysia Airports dengan kerjasama Yayasan MyKasih yang melibatkan murid dalam kategori B40 dari daerah Kuching, iaitu di kawasan lapangan terbang kendalian Malaysia Airports iaitu Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching beroperasi.

Dalam pada itu, Zainun menerusi kenyataan berkata, sejajar dengan program tanggungja­wab korporat Malaysia Airports iaitu di bawah inisiatif ‘MYAirportC­ARES: Community & Youth Empowermen­t Through Education’ yang memperkasa­kan pendidikan kepada komuniti setempat, program semalam merupakan sebahagian daripada program teras pihaknya yang bertujuan membantu meringanka­n bebanan ibu bapa.

 ?? ?? PRIHATIN: (Belakang, dari kanan) Jun Iskandar, Shukreen, Mustapha, Jeff dan Zainun (dua kiri) merakam kenangan bersama murid-murid yang menerima sumbangan semalam.
PRIHATIN: (Belakang, dari kanan) Jun Iskandar, Shukreen, Mustapha, Jeff dan Zainun (dua kiri) merakam kenangan bersama murid-murid yang menerima sumbangan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia