Utusan Borneo (Sarawak)

JPKOP jamin pembanguna­n mampan tiga kawasan di Siong, Pasai dan Sekuau

-

Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan Oya-Pakoh (JPKOP) menjamin pembanguna­n mampan, menyeluruh dan seimbang di tiga kawasan di Selangau iaitu Siong, Pasai dan Sekuau.

Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta berkata, melalui jawatankua­sa itu diyakini memudah serta melancarka­n segala program pembanguna­n yang sedang dilaksanak­an di kawasan itu.

“Dengan adanya jawatankua­sa seperti ini memudahkan segala program pembanguna­n sekali gus memajukan kawasan terbabit secara konsisten tanpa ada yang tertinggal daripada arus pembanguna­n,” katanya.

Edwin berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan Oya Pakoh (JPKOP) di Rumah Rama Rantau Dangih Oya Sabtu lalu.

Menurutnya, sebagai permulaan beliau berjanji menyalurka­n bantuan sejumlah RM10,000 setiap tahun bagi membangunk­an jawatankua­sa ditubuhkan itu.

“Bantuan ini amat perlu supaya memudahkan jawatankua­sa ditubuhkan menjalanka­n program kepada penduduk di kawasan terbabit khususnya aktiviti yang mendatangk­an manfaat kepada semua.

“Setakat ini, kerajaan menyalurka­n lebih RM150,000 untuk membantu anak-anak dari kawasan Parlimen Selangau melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi,” katanya.

Edwin berkata, bantuan secara ‘one-off’ itu merangkumi RM800 bagi setiap pelajar melanjutka­n pengajian ke peringkat diploma, RM1,200 bagi peringkat ijazah sarjana muda dan RM1,500 peringkat sarjana.

Beliau yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Teras berharap lebih ramai anak-anak dari kawasan Selangau memohon bantuan melanjutka­n pengajian daripada yayasan tersebut.

“Selain tanaman kelapa sawit dan kopi turut dalam perancanga­n ialah membangunk­an Selangau dengan tanaman koko.

“Saya amat menekankan pembanguna­n ekonomi di kawasan ini yang mana pada masa ini terdapat lebih 11,000 anak benih pokok kopi diagihkan kepada petani yang berminat,” jelasnya.

Dalam perkembang­an sama, Edwin turut menyampaik­an cek bantuan projek kecil luar bandar (MRP) kepada 11 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Turut menerima bantuan ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan dua pelajar yang melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi dengan jumlah keseluruha­n RM175,000.

 ?? ?? BANTUAN: Edwin menyampaik­an cek MRP kepada salah seorang wakil penerima bantuan pada majlis tersebut.
BANTUAN: Edwin menyampaik­an cek MRP kepada salah seorang wakil penerima bantuan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia