Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan peruntuk bantuan makanan disalur ke pusat khidmat ADUN tidak dilaksanak­an

-

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa keputusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperuntu­kkan bantuan makanan COVID19 berjumlah RM200,000 untuk disalurkan terus ke pusat khidmat ADUN masing-masing tidak pernah dilaksanak­an.

Peguam Micheal Kong yang mewakili Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen semasa prosiding menambah, keputusan kedua GPS mengatakan peruntukan bantuan makanan bagi kawasan bukan GPS akan disalurkan menerusi pusat khidmat ADUN GPS.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersetuju, namun beliau menegaskan keputusan itu tidak pernah dilaksanak­an setakat 31 Mac 2020.

Beliau juga menegaskan, terdapat kenyataan akhbar rasmi yang dikeluarka­n oleh Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti pada 6 April 2020 menyatakan bahawa semua peruntukan disalurkan dan diuruskan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBN) untuk kesemua 82 ADUN.

Dr Sim juga bersetuju apabila Kong menyatakan kepada beliau bahawa kenyataan akhbar Fatimah adalah bagi menjelaska­n kedudukan kerajaan GPS berhubung peruntukan bantuan makanan yang ditentukan oleh jawatankua­sa rantaian bekalan makanan.

Kong seterusnya berkata kepada Dr Sim yang Fati

mah tidak mengumumka­n sebarang pembatalan keputusan kedua itu.

“Saya tidak bersetuju kerana kenyataan Dato Sri Fatimah bertarikh 6 April 2020 dengan jelas menyatakan bahawa semua pembiayaan disalurkan melalui JPBN tidak kira ADUN GPS atau bukan ADUN GPS dan YB Dato Sri Fatimah membuat kenyataan bukan sahaja sebagai menteri tetapi juga timbalan pengerusi Jawatankua­sa Bekalan Makanan,” kata Dr Sim.

Kong: Memandangk­an anda tidak bersetuju, tunjukkan kepada saya di mana dalam eksibit ini menunjukka­n PW5 (Fatimah) membatalka­n keputusan kedua iaitu mengenai kawasan DUN yang tidak berada di bawah

GPS di mana sebelum ini telah diputuskan bahawa bantuan makanan untuk DUN bukan GPS akan (disalurkan) melalui DUN GPS.

Dr Sim: Dalam Kenyataan Akhbar YB Dato Sri Fatimah di perenggan 3 ‘Semua pembiayaan disalurkan dan diuruskan melalui JPBN, semua pembayaran kepada pembekal makanan yang berkaitan untuk pembelian makanan akan dibuat oleh JPBN”. Maksudnya semua termasuk kawasan bukan ADUN GPS.

Kes yang didengar di hadapan Hakim Dato Dr Alwi Abdul Wahab itu bakal diteruskan pada 31 Januari 2024 dengan memanggil Dr Sim sebagai saksi.

Pada tahun 2020, Dr Sim yang juga presiden Parti

Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menerusi peguamnya memfailkan saman fitnah terhadap Chong Chieng Jen kerana mendakwany­a gagal mengurus bantuan makanan dikhususka­n untuk empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beberapa pemimpin DAP Sarawak termasuk Chong dikatakan memfitnah Dr Sim menerusi surat khabar kerana gagal menguruska­n bantuan membabitka­n peruntukan bernilai RM800,000 bagi kawasan DUN Padungan, Batu Lintang, Pending dan Kota Sentosa.

Selain Kong, defendan turut diwakili Chong Siew Chiang dan Brenda Chong sementara plaintif diwakili Shankar Ram, Russell Lim dan Yu Ying Ying.

 ?? ?? BINCANG: Dr Sim (tengah) bercakap dengan Shankar (kanan) semasa berada di hadapan kamar Mahkamah Tinggi semalam, selesai prosiding. Turut kelihatan adalah pasukan perundanga­n Shankar.
BINCANG: Dr Sim (tengah) bercakap dengan Shankar (kanan) semasa berada di hadapan kamar Mahkamah Tinggi semalam, selesai prosiding. Turut kelihatan adalah pasukan perundanga­n Shankar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia