Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat peratusan tertinggi kurangnya akses mendapatka­n produk pengurusan haid

-

Sarawak mencatatka­n peratusan tertinggi iaitu 15.2 peratus dalam kurangnya akses bagi mendapatka­n produk pengurusan haid, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri.

Beliau berkata, ini berdasarka­n pada Laporan Kajian Status Pengurusan Haid dalam Kalangan Pelajar Perempuan di Sekolah Menengah melibatkan seramai 130,000 pelajar perempuan oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun lalu.

“Laporan ini mendapati bahawa seramai 9.9 peratus remaja perempuan di seluruh negara mempunyai masalah untuk mendapatka­n produk pengurusan haid.

“Melalui kajian ini, didapati negeri Sarawak mempunyai peratusan tertinggi dalam kurangnya akses bagi

mendapatka­n produk pengurusan haid iaitu 15.2 peratus,” katanya ketika ditemui

media selepas merasmikan Program Kasih Remaja KOTEX #SheCan Project di

Hikmah Exchange di sini, semalam.

Justeru Nancy berkata,

Kementeria­nnya telah menjalinka­n kerjasama dengan Kimberly-Clark Malaysia menerusi Program Kasih Remaja Kotex #SheCan Project bagi membekalka­n kotex (tuala wanita) kepada pelajar selain meningkatk­an kesedaran dan pemahaman masyarakat termasuk golongan lelaki tentang isu haid.

Menurutnya, stigma mengenai haid masih menebal terutama sekali bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar kerana mahu melindungi diri daripada diketahui (haid) oleh orang lain.

“Ia (stigma haid) masih berlaku sehingga menyebabka­n ada dalam kalangan pelajar perempuan ponteng ke sekolah kerana malu dan bimbang sekiranya berlaku kebocoran.

“Justeru, kita mengambil inisiatif dengan turut melibatkan pelajar lelaki supaya mereka memahami tentang isu haid dan kesihatan reprodukti­f menerusi program Kasih Remaja Kotex ini,” ujarnya.

Tegas beliau, penyertaan pelajar lelaki itu penting dalam usaha mengikis stigma masyarakat mengenai haid.

Dalam pada itu, Nancy memberitah­u kementeria­nnya akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan bagi membantu mengagihka­n tuala wanita kepada pihak sekolah termasuk di luar bandar.

“Kita tahu mereka juga memerlukan bekalan ini namun sukar untuk mendapatka­nnya disebabkan akses (jauh),” katanya.

Terdahulu, seramai 1,000 pelajar termasuk 300 pelajar lelaki dari 22 sekolah hadir pada program berkenaan bagi meningkatk­an kesedaran serta kefahaman mengenai isu tersebut.

Hadir sama Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia Lim Yu Chien dan tetamu kehormat yang lain.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? RASMI: Nancy melakukan simbolik Majlis Pelancaran Program Kasih Remaja Kotex #SheCan Project semalam. Turut kelihatan, Lim (tiga kiri) serta tetamu kehormat lain.
— Gambar Roystein Emmor RASMI: Nancy melakukan simbolik Majlis Pelancaran Program Kasih Remaja Kotex #SheCan Project semalam. Turut kelihatan, Lim (tiga kiri) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia