Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi pilihan terbaik sebagai TYT

Disenangi rakyat, berpendidi­kan tinggi, berpengala­man sebagai peguam, Menteri, speaker Dewan Negara

- Oleh Agnes Tugong Dato Peter Minos Pengerusi MPKS

KUCHING: Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pilihan terbaik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan menggantik­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, kata Dato Peter Minos.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) itu berkata Tun Wan sangat disenangi rakyat, mesra rakyat, rendah diri malah berpendidi­kan tinggi serta berpengala­man luas sebagai peguam, menteri dan speaker Dewan Negara.

“Tun Wan pasti akan menyatukan lagi rakyat Sarawak. Ini adalah penting kerana Sarawak akan berhadapan dengan banyak cabaran dalam tahun-tahun yang akan datang dan perpaduan sangat diperlukan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan bekas speaker Dewan Negara itu.

Ujar Minos lagi, sebagai bekas menteri persekutua­n, Tun Wan Junaidi juga banyak menyumbang kepada Sarawak terutama dalam pindaan Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kerja keras Tun Wan berkaitan MA63 ini tidak akan dilupakan dan sebagai rakyat Sarawak kita sangat berterima kasih kepada beliau,” katanya.

Minos turut memberi penghargaa­n dan terima kasih kepada Tun Taib yang telah tamat tempoh perkhidmat­annya sebagai Yang di-Pertua Negeri sejak dilantik pada 1

Mac 2014.

Katanya Tun Taib telah menjalanka­n tanggungja­wabnya dengan sangat baik bukan sahaja sebagai Yang diPertua Negeri malah ketika menjadi Ketua Menteri.

“Dalam politik, Tun Taib telah memperkuku­hkan lagi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sarawak dan menghalang kemasukan UMNO ke negeri ini.

“Malah beliau telah menyatukan rakyat Sarawak dan membawa banyak pembanguna­n di seluruh negeri termasuk di Samarahan,” katanya.

Minos juga berkata Tun

Tun Wan pasti akan menyatukan lagi rakyat Sarawak. Ini adalah penting kerana Sarawak akan berhadapan dengan banyak cabaran dalam tahun-tahun yang akan datang dan perpaduan sangat diperlukan.

Taib dan Tun Wan Junaidi adalah dua pemimpin yang hebat dan berinspira­si tinggi yang menjadi contoh rakyat Sarawak.

 ?? ?? MINOS
MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia