Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih RM4 juta peruntukan disalur kepada Pusat Khidmat Stampin telah dibelanjak­an

-

Lebih RM4 juta peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutua­n kepada Pusat Khidmat Stampin telah dibelanjak­an terutama untuk pendidikan di konstituen­si berkenaan, sepanjang tahun lalu.

Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen berkata, jumlah yang dibelanjak­an itu ialah peruntukan outright grant (OG) dan projek mesra rakyat (PMR) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah, Batu Kitang dan Kota Sentosa.

Menurutnya, pada 2023, Pusat Khidmat Parlimen Stampin seperti pusat khidmat parlimen lain, telah diberikan dua peruntukan iaitu OG dan PMR oleh kerajaan pusat dengan jumlah keseluruha­n RM4.2 juta.

“Peruntukan OG yang diberikan ialah sebanyak RM2.2 juta dan peruntukan PMR sebanyak RM2 juta. Sehingga 15 Disember tahun lalu, pusat khidmat (Stampin), telah membelanja­kan RM2,194,807 daripada peruntukan OG selain meluluskan sebanyak RM1,981,400 peruntukan di bawah PMR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai laporan Ahli Parlimen Stampin pada tahun 2023 di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Lorong Abang Abdul Rahim di sini, semalam.

Pengerusi DAP Sarawak itu memberitah­u, kadar penggunaan bagi jumlah keselu

ruhan peruntukan ialah 99.4 peratus.

Mengulas lanjut, Chong mendedahka­n bahawa pada 2023, pihaknya telah menerima sejumlah 28 permohonan untuk projek PMR.

“Daripada permohonan ini, sejumlah RM1,941,400 (98 peratus) adalah untuk tujuan pendidikan, iaitu untuk menyediaka­n TV pintar dan menaik taraf perkakas kemudahan pengajaran di sekolah.

“Manakala RM40,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kawasan Stampin,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan.

Sementara itu, untuk peruntukan OG, pihaknya telah

menerima sebanyak 882 permohonan pada tahun yang sama.

“Daripada permohonan ini, sejumlah RM1,078,300 (49.1%) adalah untuk tujuan pendidikan manakala RM937,007.95 (42.7 peratus) adalahuntu­kpertubuha­nbukan kerajaan (NGO) dan aktiviti kebajikan. Selain itu, sebanyak RM179,500 (8.2 peratus) adalah untuk tujuan penjagaan kesihatan dan tujuan lain.

“Sehubungan itu, jumlah perbelanja­an keseluruha­n peruntukan RM4.2 juta telah dibelanjak­an meliputi RM3,019,700 (72.3 peratus) adalah untuk pendidikan, RM977,007.95 (23.4 peratus) untuk NGO dan kebajikan manakala RM179,500 (4.3

peratus) untuk penjagaan kesihatan,” ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya dibandingk­an dengan peruntukan wakil rakyat negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS), mereka diperuntuk­kan RM9 juta bagi setiap DUN setiap tahun.

Oleh itu, beliau turut menggesa ADUN untuk mendedahka­n penggunaan peruntukan kawasan mereka.

“Ini supaya rakyat tahu untuk apa wakil rakyat mereka menggunaka­n peruntukan yang diberikan kerajaan,” katanya.

Hadir sama Pembantu Khas Parlimen Stampin Sim Kiat Leng dan Jordan Soo Tien Ren serta Setiaiusah­a Kuching Dapsy Anthony Chin.

 ?? ?? PERUNTUKAN: Chong merakam kenangan bersama pembantuny­a selepas sidang media laporan perbelanja­an Pusat Khidmat Parlimen Stampin, semalam.
PERUNTUKAN: Chong merakam kenangan bersama pembantuny­a selepas sidang media laporan perbelanja­an Pusat Khidmat Parlimen Stampin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia