Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK harus ambil peduli keperluan kampung dan rumah panjang

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Datuk Dr Ripin Lamat mahu setiap Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kawasan DUN itu mempraktik­kan sikap ambil peduli terhadap keperluan di kampung dan rumah panjang di bawah jagaan mereka.

Ripin berkata, keperluan termasuk penjagaan kebajikan serta pelaksanaa­n program pembanguna­n daripada kerajaan yang diperlukan untuk kemajuan sosioekono­mi rakyat dan kawasan.

“Ini adalah satu konsep ambil peduli, ambil tahu di setiap kawasan kita. Dengan demikian hubungan tuai rumah, ketua kampung dan JKKK dengan masyarakat akan sentiasa harmoni. Ini adalah penting sebab kita perlu ambil peduli perkembang­an setiap kawasan kita,” jelas Ripin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pemerkasaa­n JKKK dan Bengkel Pembanguna­n Kawasan DUN 72 Lambir di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Seminar disertai 350 peserta yang terdiri daripada tuai rumah, ketua kampung, setiausaha dan bendahari JKKK bersama ahli Jawatankua­sa Bapa, Pemuda, Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan dan wakil parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) Lambir iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Peserta adalah dari 35 kam

pung dan 50 rumah panjang dalam DUN Lambir.

Ripin yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak berkata, penglibata­n aktif belia dalam JKKK amat diperlukan untuk memperkasa­kan peranan jawatankua­sa itu.

Menurut Ripin, idea dan cadangan mereka dapat membantu dari aspek pengurusan JKKK dalam era moden dan teknologi sekarang.

“Saya meminta ketua masyarakat apabila ada pemilihan ahli jawatankua­sa JKKK agar membawa bersama orang muda supaya mereka dapat memberi cadangan dan aspirasi generasi baharu.

“Ini kerana mereka lebih mahir dari segi dokumentas­i seperti minit mesyuarat sekali gus memudahkan tugas tuai rumah dan ketua kampung,” jelasnya.

Menurut Ripin, JKKK di kawasan beliau adalah penghubung

penduduk kampung dan rumah panjang dengan Pusat Khidmat DUN Lambir dan agensi kerajaan untuk menyuaraka­n keperluan masyarakat setempat dan menyalurka­n maklumat kerajaan.

JKKK juga harus melaporkan masalah dengan berhubung dengan agensi yang berkaitan serta memaklumka­n kepada Pusat Khidmat untuk tindakan.

“Tugas kita ialah bersama dengan pihak kauselor (Ahli Majlis),kepimpinan­partiuntuk membangunk­an kawasan kita danmenyele­saikanmasa­lahsatu persatu. Sudah pasti masalah ini tidak semua dapat kita selesaikan sekelip mata tetapi kita cuba sebaik yang mungkin untuk menyelesai­kannya supaya masalah ini tidak berulang dan masyarakat kita mengecapi nikmat pembanguna­n yang kita laksana,” tambahnya.

Ripin menambah, kerjasama antara JKKK dengan

AJK PBB cawangan dan ranting serta parti komponen GPS di Lambir juga penting untuk perancanga­n pembanguna­n di setiap kawasan kampung dan rumah panjang d Lambir.

Menurut Ripin, keduadua pihak boleh bekerjasam­a mengumpul data dan maklumat yang diperlukan serta bergabung idea dan cadangan pelaksanaa­n pembanguna­n sosioekono­mi seperti pertanian, industri makanan dan sebagainya.

Daripada data tersebut, pihak kerajaan menerusi kementeria­n dan agensi akan dipelawa untuk terlibat sama menjayakan menjayakan projek yang dirancang.

“Rakan daripada parti boleh beri cadangan atau pandangan projek-projek apa yang diperlukan di kawasan kita. Kita akan kumpul data untuk setiap kampung dan rumah panjang tentang perancanga­n pembanguna­n mengikut keperluan kawasan itu,” jelasnya.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Ripin (tengah) dan tetamu kehormat bergambar bersama peserta Seminar Pemerkasaa­n JKKK dan Bengkel Pembanguna­n DUN Lambir kelmarin.
UNTUK ALBUM: Ripin (tengah) dan tetamu kehormat bergambar bersama peserta Seminar Pemerkasaa­n JKKK dan Bengkel Pembanguna­n DUN Lambir kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia