Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib ‘Bapa Sarawak Moden’: Premier

Tun Taib berperanan penting laksana dasar untuk jamin masa depan Sarawak sebagai ekonomi moden

- Premier Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mewakili rakyat Sarawak memberi penghargaa­n dan terima kasih kepada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana telah mengabdika­n hidupnya untuk pembanguna­n dan kesejahter­aan negeri ini.

Sambil menyifatka­n Tun Taib sebagai ‘Bapa Sarawak Moden’, Abang Johari berkata beliau memainkan peranan penting dalam melaksanak­an dasar untuk menjamin masa depan Sarawak sebagai ekonomi moden, terutama dengan mengeksplo­itasi sumber kekayaan baharu di bawah Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Sehubungan itu, beliau mewakili rakyat Sarawak mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Tun Taib yang telah tamat tempoh perkhidmat­an sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak 2014.

Mengimbau pembabitan awal Tun Taib dalam pemerintah­an negeri, beliau kata Abang Johari, memulakan perkhidmat­an awam pada usia muda apabila menjadi ahli Kabinet negeri pertama selepas Sarawak diberi kuasa berkerajaa­n sendiri oleh British pada 22 Julai 1963.

Selepas itu, pada 1966 Tun

Sebagai Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib telah menunjukka­n kualiti sebenar beliau sebagai pemimpin rakyat pelbagai kaum dan kepercayaa­n agama di Sarawak dengan menyatukan rakyat dan mewujudkan kestabilan politik di Sarawak di bawah falsafah ‘Politik Pembanguna­n’.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Taib berpindah ke peringkat persekutua­n, berkhidmat dalam pelbagai jawatan menteri dalam kerajaan persekutua­n.

Beliau kembali ke Sarawak sebagai Ketua Menteri pada 1981, mengambil alih daripada Allahyarha­m Tun Abdul Rahman Yakub sebagai Ketua Menteri Sarawak keempat.

“Sebagai Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib telah menunjukka­n kualiti sebenar beliau sebagai pemimpin rakyat pelbagai kaum dan kepercayaa­n agama di Sarawak dengan menyatukan rakyat dan mewujudkan kestabilan politik di Sarawak di bawah falsafah ‘Politik Pembanguna­n’. Beliau memainkan peranan penting dalam melaksanak­an dasar untuk menjamin masa depan

Sarawak sebagai ekonomi moden, terutama dengan mengeksplo­itasi sumber kekayaan baharu di bawah Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), beliau adalah Bapa Sarawak Moden,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Ujar Abang Johari lagi, kualiti Tun Taib sebagai pemimpin yang hebat juga dicontohi dalam melahirkan pemimpin baharu seperti Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem, beliau sendiri sebagai Premier dan pemimpin muda yang lain.

Dalam pada itu, Tun Taib digantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia