Utusan Borneo (Sarawak)

Perhebatka­n pembanguna­n Sabah, Sarawak: Al-Sultan Abdullah

Peruntukan pembanguna­n perlu dititikber­atkan kerana saiz kedua-dua negeri yang lebih besar daripada Semenanjun­g

-

KUALA LUMPUR: Kembara Kenali Borneo, sebuah idea dan hasrat penjelajah­an Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah untuk mengenali penduduk Sabah dan Sarawak mencetuska­n fenomena yang terpahat di ingatan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga Seri Paduka serta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Kita di Semenanjun­g ini harus bersyukur, segala kemudahan asas sudah ada, di sana (Sabah dan Sarawak)… kita tengok saiz (wilayah) Sabah dan Sarawak dua kali saiz besar berbanding Semenanjun­g.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Yang di-Pertuan Agong

Menyifatka­n satu pengalaman manis hingga ke akhir hayat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertitah hasrat Seri Paduka berdua dan keluarga pada awalnya adalah percutian untuk menikmati keindahan Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang sekali gus mengenali rakyat tempatan, budaya, adat resam dan seni kraf pelbagai suku kaum.

Bagaimanap­un, keberangka­tan julung kali Yang diPertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong serta rombongan yang menjelajah ke pedalaman kedua-dua negeri mendapat sambutan luar jangkaan dan kehadiran luar biasa masyarakat tempatan di setiap destinasi.

Lawatan dan persinggah­an Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 September tahun lepas menjadi fenomena sehingga sohor kini menerusi media sosial ketika itu.

“Satu pengalaman cukup manis bagi saya, kenangan

sampai akhir hayat saya dan kadangkala bila saya tidak buat apa-apa tengah malam, saya teringat kembali, menangis dan sayu kerana sambutan yang diberi sangat di luar jangkaan.

“Saya berterima kasih sangat dan Raja Permaisuri pun (berterima kasih),” titah Al-Sultan Abdullah dalam wawancara bersama editor dan wartawan kanan media utama di Istana Negara barubaru ini, sempena berakhirny­a tempoh pemerintah­an Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.

Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyertai wawancara berkenaan.

Tunku Azizah yang berada di sisi mencelah: “Kami sangat terharu. Kedatangan kami diterima dan dialu-alukan.”

Penjelajah­an itu disifatkan sebagai satu pengalaman baharu yang secara tidak langsung memberikan peluang kepada rakyat mengemukak­an masalah khususnya dari segi pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan asas di kedua-dua negeri itu.

Sambil menunjukka­n sebahagian surat aduan diterima serta buku laporan tindakan diambil kerajaan susulan penjelajah­an itu, Al-Sultan Abdullah bertitah setiap projek pembanguna­n di Sabah dan Sarawak yang diumumkan kerajaan mesti dipantau serta dilaksanak­an sebaik mungkin tanpa berlaku sebarang ketirisan.

Seri Paduka bertitah sekiranya berlaku ketirisan dalam setiap projek itu, maka penduduk di Sabah dan

Sarawak akan ketinggala­n dari aspek pembanguna­n berbanding rakyat di Semenanjun­g.

Al-Sultan Abdullah bertitah peruntukan bagi projek pembanguna­n di Sabah dan Sarawak juga amat penting untuk dititikber­atkan memandangk­an saiz keduadua negeri yang lebih besar daripada Semenanjun­g.

“Kita di Semenanjun­g ini harus bersyukur, segala kemudahan asas sudah ada, di sana (Sabah dan Sarawak)… kita tengok saiz (wilayah) Sabah dan Sarawak dua kali saiz besar berbanding Semenanjun­g.

“Jadi bayangkan hendak buat (bina) jalan kampung A ke kampung B, bandar A ke bandar B... di sini (Semenanjun­g) 200 kilometer (km), di sana (Sabah dan Sarawak) sekali ganda (dari aspek jarak), kosnya juga sekali ganda, maka peruntukan semua sekali ganda atau tiga kali ganda sebab itu faktor kewangan di sana amat penting,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirka­n penghargaa­n kepada kerajaan Sabah dan Sarawak serta jabatan dan agensi yang terlibat menjayakan kembara itu.

Pasangan diraja berkenaan menyelami kehidupan penduduk di Sabah dan Sarawak menerusi Kembara Kenali Borneo yang diketuai AlSultan Abdullah dengan Seri Paduka berkenan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda mengharung­i perjalanan sejauh 2,332 kilometer (km) menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo menghubung­kan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Sepanjang penjelajah­an selama 11 hari itu, Seri Paduka berdua begitu prihatin terhadapna­sibpendudu­kyang mengalami pelbagai masalah infrastruk­tur di tempat tinggal mereka dengan Al-Sultan Abdullah terbuka menerima surat aduan daripada rakyat manakala Tunku Azizah sanggup mencatat sendiri keluhan penduduk dalam buku nota. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGALAMAN­MANIS:Al-SultanAbdu­llahberken­anmenunjuk­kan sebahagian surat rungutan serta buku laporan tindakan diambil kerajaan susulan penjelajah­an Seri Paduka berdua dan paduka anakanda dalam program Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 September tahun lepas.
— Gambar Bernama PENGALAMAN­MANIS:Al-SultanAbdu­llahberken­anmenunjuk­kan sebahagian surat rungutan serta buku laporan tindakan diambil kerajaan susulan penjelajah­an Seri Paduka berdua dan paduka anakanda dalam program Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 September tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia