Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi Yang di-Pertuan Agong perlu diperkukuh, kekal memayungi rakyat

-

Menjadi pelindung kepada amalan demokrasi negara sejak 1957, fungsi Institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai tiang seri kepada keamanan serta nadi kepada perpaduan negara perlu kekal dan terus diperkukuh, titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

Seri Paduka bertitah pengukuhan institusi itu penting bagi memayungi rakyat dan pentadbira­n, sekali gus memainkan peranan dan menjalanka­n kuasa sebagaiman­a diperuntuk­kan Perlembaga­an Persekutua­n.

Institusi itu juga, titah Al-Sultan Abdullah bukan sekadar simbol perpaduan masyarakat majmuk di negara ini tetapi juga menjadi wadah pengharapa­n rakyat untuk mencari jalan penyelesai­an kepada sebarang permasalah­an yang melanda negara.

“Saya rasa institusi ini penting bagi negara kita, negara yang berbilang kaum ini, berbilang agama, berbilang bangsa. Saya fikir kita perlu ada institusi ini dan ia perlu ditegakkan demi negara, generasi akan datang.

“Kalau boleh diperkukuh lagi, bukan dengan memberi kuasa yang lebih … yang mana kita boleh kukuhkan

lagi kita perlu buat… ia bukan tentang individu, tentang saya (tetapi institusi itu sendiri). Kami (Yang di-Pertuan Agong) datang dan pergi.

”Agong lima tahun berangkat balik, lagi lima tahun pulang ke negeri asal, institusi ini bukan perlu didewa-dewakan tetapi diperkukuh, supaya sistem ini kekal memayungi rakyat, memayungi pentadbira­n,“titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah demikian dalam wawancara bersama

editor dan wartawan kanan media utama sempena tamat tempoh pemerintah­an Yang di-Pertuan Agong ke16 di Istana Negara, barubaru ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h, yang setia menemani Al-Sultan Abdullah sepanjang sesi wawancara hampir dua jam yang berlangsun­g secara santai dan berterus terang itu.

Seri Paduka bertitah meskipun Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, Institusi Yang di-Pertuan Agong sangat signifikan kerana sebagai Ketua Negara, baginda berperanan penting memastikan pentadbira­n negara berada di landasan yang betul mengikut lunas undang-undang dan acuan Perlembaga­an Persekutua­n.

Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah bertitah pendidikan mengenai sejarah dan peranan Raja-Raja Melayu, pemimpin mengikut peruntukan Perlembaga­an di peringkat sekolah juga perlu diperkukuh.

Selain itu, titah Seri Paduka, hubungan raja pemerintah dengan rakyat mestilah harmoni.

“Raja-raja juga perlu tahu peranan mereka, it takes two to tango (bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi).

“Saya bukan kata saya ini sempurna, tetapi saya ingin menasihati diri saya dan raja-raja lain supaya kita tahu peranan kita, menyantuni rakyat, lebih dekat dengan masalah rakyat dan membantu rakyat. Banyak juga peranan, kerja raja-raja ini.

“Jadi, dampingila­h istana, (dekat) dengan institusi diraja, jangan dijauhi, sebab itu semua hak rakyat,” titah Al-Sultan Abdullah.

Ditanya tentang tindakan sesetengah pihak yang tidak menghormat­i institusi raja dan kadang kala sengaja membangkit­kan isu-isu berkaitan 3R (raja, agama, kaum) sehingga menimbulka­n keresahan dalam kalangan ma-syarakat, Al-Sultan Abdullah menasihati setiap rakyat agar sentiasa beradab menjaga kesopanan dan kesusilaan dalam melontarka­n pandangan tentang apa jua perkara.

“Jangan keterlalua­n, biarlah berbatas. Saya memahami kadangkala banyak perasaan tidak senang, tapi buatlah secara yang berpatutan, jangan lontar fitnah, perkataan kesat, itu tidak molek daripada kaca mata kita,” titah Seri Paduka yang mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

Menyingkap kembali detik pemerintah­annya, AlSultan Abdullah diuji dengan pelbagai cabaran berliku dan peristiwa, termasuk penularan pandemik COVID19 sehingga membawa kepada proklamasi darurat yang turut menyaksika­n negara diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Selainitu,kebijaksan­aanSeri Paduka turut diduga dengan episod pergolakan politik negara, yang menyaksika­n pertukaran empat Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, kewibawaan dan sifat tenang yang ada pada diri Al-Sultan Abdullah, dibantu dengan Perbincang­an Khas Raja-Raja Melayu, membolehka­n Seri Paduka yang berkelulus­an dalam bidang Hal Ehwal Luar Negeri dan Diplomasi dari Worcester & Queen Elizabeth College, London, menyelesai­kan semua permasalah­an itu dengan baik, demi kesejahter­aan rakyat jelata.

“Apabila saya memegang jawatan sebagai Yang diPertuan Agong, saya sedar lantikan saya ini dengan perkenan Majlis Raja-Raja, jadi apa sahaja yang saya lakukan, pada masa sama saya buat bagi pihak, wakil Majlis Raja-Raja.

“Ya, semua keputusan ialah keputusan Yang di-Pertuan Agong. Cuma apa yang saya buat, saya menyatakan apaapa isu (yang timbul kepada Raja-Raja Melayu), saya bermusyawa­rah, berbincang, terima pandangan, terima cadangan tetapi keputusann­ya adalah daripada Yang diPertuan Agong sendiri,” titah Al-Sultan Abdullah.

Dalam tempoh lima tahun, Al-Sultan Abdullah telah mengadakan Perbincang­an Khas Raja-Raja Melayu sebanyak tiga kali dengan yang pertama pada 25 Oktober 2020 bagi membincang­kan cadangan yang dikemukaka­n Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelaksanaa­n Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhura­n Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 2020) untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.

Perbincang­an Khas RajaRaja Melayu kali kedua diadakan pada 16 Jun 2021 berhubung usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaa­nnya dalam tempoh darurat.

Kali ketiga pula berlangsun­g pada 24 November 2022 berhubung pembentuka­n kerajaan baharu selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 menyaksika­n Parlimen tergantung tanpa mana-mana parti atau gabungan politik memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

 ?? — Gambar Bernama ?? DAULAT TUANKU: Menjadi pelindung kepada amalan demokrasi negara sejak 1957, fungsi InstitusiY­ang di-Pertuan Agong sebagai tiang seri kepada keamanan serta nadi kepada perpaduan negara perlu kekal dan terus diperkukuh­kan, titah Al-Sultan Abdullah semasa wawancara bersama editor dan wartawan kanan media di Istana Negara baru-baru ini.
— Gambar Bernama DAULAT TUANKU: Menjadi pelindung kepada amalan demokrasi negara sejak 1957, fungsi InstitusiY­ang di-Pertuan Agong sebagai tiang seri kepada keamanan serta nadi kepada perpaduan negara perlu kekal dan terus diperkukuh­kan, titah Al-Sultan Abdullah semasa wawancara bersama editor dan wartawan kanan media di Istana Negara baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia