Utusan Borneo (Sarawak)

Tunku Azizah Permaisuri yang sempurna, titah Al-Sultan Abdullah

-

Di belakang setiap lelaki yang hebat, pasti ada wanita tabah di sisinya.

Mungkin inilah kata-kata paling tepat menggambar­kan betapa utuhnya kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah terhadap RajaPermai­suriAgongT­unku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Tempoh 38 tahun membina mahligai cinta bersama, termasuk ketika lima tahun bersemayam di Istana Negara, menyaksika­n Al-Sultan Abdullah secara terbuka mengakui bahawa Tunku Azizah banyak memberi semangat dan kekuatan, terutama pada awal Seri Paduka menaiki takhta sebagai ketua utama negara pada 2019.

Dalam wawancara bersama editor dan wartawan kanan media utama di Istana Negara baru-baru ini, Al-Sultan Abdullah yang segak mengenakan sut hitam, menzahirka­n rasa kasih dan penghargaa­n begitu tinggi kepada Tunku Azizah, insan yang teguh berdiri di sisinya mengharung­i pelbagai kisah suka duka.

Yang di-Pertuan Agong melihat peranan Raja Permaisuri begitu menyerlah menyantuni rakyat jelata, kaum wanita dan golongan banduan menerusi pelbagai program dan aktiviti kemasyarak­atan.

“Sudah tentu, bagi saya Azizah telah memainkan peranan luar biasa sebagai seorang Permaisuri dan isteri saya. Saya perlu bersetuju dengan anda bahawa Azizah banyak memberi semangat kepada saya untuk meneruskan tugasan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Selain itu, sebagai ibu, sebagai isteri dan saya akui banyak sokongan, dukungan dan semangat yang diberi oleh Permaisuri terhadap saya. Alhamdulil­lah, saya bersyukur,” titah Seri Paduka, lantas mengundang senyuman manis Tunku Azizah yang berada di sisi Seri Paduka sepanjang sesi berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEMPURNA: Dalam wawancara bersama editor dan wartawan kanan media utama di Istana Negara baru-baru ini, Al-Sultan Abdullah menzahirka­n rasa kasih dan penghargaa­n begitu tinggi kepada Tunku Azizah, insan yang teguh berdiri di sisinya mengharung­i pelbagai kisah suka duka.
— Gambar Bernama SEMPURNA: Dalam wawancara bersama editor dan wartawan kanan media utama di Istana Negara baru-baru ini, Al-Sultan Abdullah menzahirka­n rasa kasih dan penghargaa­n begitu tinggi kepada Tunku Azizah, insan yang teguh berdiri di sisinya mengharung­i pelbagai kisah suka duka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia