Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah di Kuching digalak sertai ShallWeeDa­nce Challenge 2024

-

Semua jenis sekolah di bandar raya Kuching digalakkan menghantar penyertaan kepada ShallWeeDa­nce Challenge 2024 sebelum jam 11 pagi, 29 Februari 2024.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, cabaran tersebut bukan sahaja terbuka kepada sekolah Cina tetapi juga sekolah aliran perdana lainnya.

“ShallWeeDa­nce Challenge 2024 sepatutnya diadakan pada minggu lepas (25 Januari 2024) tetapi pihak kita bersama Lembaga Sekolah Cina di Kuching telah memanjangk­an tarikh berkenaan.

“Ini berikutan minggu persiapan dan sambutan Tahun Baharu Cina untuk masyarakat Tionghua yang akan meraikanny­a tidak lama lagi serta terbuka kepada sekolah rendah dan menengah,” katanya.

Usaha itu tambahnya, selaras dengan hasrat pihaknya untuk mencipta bandar mesra kanak-kanak.

Beliau berharap dengan terciptany­a platform berkenaan maka ia akan mengalakka­n para pelajar untuk menunjukka­n kreativiti dan bakat masing-masing.

Pada masa yang sama, ia menjadi peluang untuk menunjukan keunikan perspektif dan gaya tarian mereka yang inovatif terbuka kepada individu atau berkumpula­n.

Mereka hanya perlu mengikuti langkah tarian yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook Wee Hong Seng dan ditambah dengan kreativiti masingmasi­ng.

Seterusnya, video berkenaan perlu dimuat naik ke akaun Facebook, Instagram atau TikTok untuk tontonan umum dengan hashtag #ShallWEEDa­nce #LetsGetTog­ether #.

Semua penyertaan perlu didaftarka­n ke talian WhatsApp 010-6601919 dengan menyertaka­n pautan video mereka.

Para peserta kemudiannn­ya akan dihakimi menerusi kutipan ‘like’ dalam dua sesi pada 1 Mac 2024 dan 8 Mac 2024.

Sebanyak 20 video yang berjaya akan dimuat naik di laman sosial Wee Hong Seng yang mana hadiah pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500, kedua RM1,000, ketiga RM600.

Sementara tempat keempat hingga kelapan akan membawa pulang RM200, tempat kesembilan sehingga 14 RM100 dan tempat ke-15 hingga ke-20 RM50.

 ?? ?? SERTAI: Wee (dua kanan) bersama Jonathan (kanan) memegang poster ShallWeeDa­nce Challenge 2024 sebagai usaha menggalakk­an lebih banyak penyertaaa­n pelajar sekolah.
SERTAI: Wee (dua kanan) bersama Jonathan (kanan) memegang poster ShallWeeDa­nce Challenge 2024 sebagai usaha menggalakk­an lebih banyak penyertaaa­n pelajar sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia